Ejaan mana yang betul, Corak Beras Patah atau corak beras patah ? | Kedua-dua perkataan "Corak Beras Patah" atau "corak beras patah" adalah betul ejaannya, bergantung pada ayat. Contohnya: Untuk penulisan tema atau slogan iklan, adalah lebih baik menggunakan ejaan "Corak Beras Patah", berbanding ejaan "corak beras patah". | Tatabahasa | 07.08.2014 |
Salam sejahtera. Saya ingin menyemak terjemahan yang sesuai untuk fabrik "heather"iaitu sejenis fabrik berwarna yang dicampurkan poliester hitam atau putih. Mana yang lebih sesuai? Fabrik corak rintik, fabrik corak belang-belang atau fabrik corak capuk. Terima kasih. | Perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun demikian, berdasarkan konsep yang diberikan, kami mencadangkan fabrik heather diterjemahkan kepada fabrik rintik atau fabrik kurik. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.08.2018 |
Salam sejahtera, adakah ayat-ayat berikut betul/gramatis? 1. Dia demam kerana bermain hujan. 2. Corak batik yang menarik menjadi tarikan ramai. 3. Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai. | Ketiga-tiga ayat tidak gramatis. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi "Dia demam kerana bermain semasa hujan" dan "Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
Adakah corak boleh digantikan dengan reka bentuk? Contoh: Kumpul semua corak perencah | Berdasarkan persoalan tersebut, cadangan jawapan ialah "Kumpul semua reka bentuk pembungkus perencah" atau "Kumpul semua pembungkus perencah". | Makna | 18.03.2022 |
merekacorak atau mereka corak ? | Ejaan yang betul ialah ‘mereka corak’. | Ejaan | 13.08.2014 |
Terdapat berbagai corak unik ( betulkah tatabahasa yang digunakan?) | Frasa yang betul ialah: Terdapat berbagai-bagai corak yang unik. | Tatabahasa | 07.08.2020 |
apakah maksud banyak ragam? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ragam bermaksud 1. tingkah, cara, laku, olah 2. jenis, macam 3. lagu, langgam 4. corak, ragi, warna. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. | Makna | 10.02.2011 |
Bolehkah kata tanya digunakan dalam pertengahan ayat? Cth: Pelan grid, pelan jalan grid, atau pelan corak kekisi ialah sejenis rancangan bandar "di mana" jalan terletak pada sudut tegak antara satu sama lain, membentuk suatu grid. Kalau tidak boleh, apakah cadangan perkataan bagi memggantikannya? | Kata tanya digunakan dalam ayat tanya. Ayat penyata tidak menggunakan kata tanya dan hendaklah digantikan dengan perkataan lain atau dipisahkan menjadi dua ayat yang berasingan. Pelan grid, pelan jalan grid, atau pelan corak kekisi ialah sejenis rancangan bandar. Dalam rancangan bandar ini jalan terletak pada sudut tegak antara satu sama lain, membentuk suatu grid. | Tatabahasa | 01.11.2020 |
Adakah padanan "gameplay" ialah corak permainan? Gameplay merujuk kepada gabungan ciri-ciri permainan, jalan cerita dan cara permainan tersebut dimainkan. | Cadangan padanan bagi istilah gameplay dalam bahasa Melayu ialah tatamain. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 30.01.2025 |
definasi rekabentuk | Reka bentuk ialah corak, bentuk, dan sebagainya yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dan sebagainya) | Makna | 12.10.2009 |