Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. trap, a. mengepung: the police ~ed the fugitive, polis mengepung orang buruan itu; b. (fig.) membuat [sso] berasa tersepit: the prosecutor’s question ~ed him, soalan pendakwa itu membuat dia berasa tersepit; 2. (econ) memonopoli pasaran: the firm ~ed the sugar market, firma itu memonopoli pasaran gula (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi membelok: she lost control of the car while she was ~ing, dia tdk dapat mengawal keretanya semasa dia membelok; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : in a tight ~, dlm keadaan terdesak; /look, glance/ at so. out of the ~ of o’s eye, mengerling (dr /sudut, ekor/ mata); make a ~ in, memonopoli pasaran; out of the ~ of o’s eye, dr /sudut, ekor/ mata: I noticed out of the ~ of my eye that someone had entered the room, dr sudut mata, saya ternampak ada orang masuk ke bilik itu; the four ~s of the /earth, world/, seluruh /ceruk rantau, pelosok dunia/; turn the ~, (after an illness, crisis, etc), (approp n +) pulih: he had been ill for a long time, but turned the ~ after the operation, dia sudah lama sakit, tetapi keadaannya pulih selepas pembedahan itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : cut /(off) a, the/ ~, cut across a corner, mengambil jalan pintas; cut ~s, a. take the simplest way, mengambil (jalan) mudah: if you cut ~s your work will not be satisfactory, kalau kamu mengambil mudah, hasil kerja kamu tdk akan memuaskan; b. reduce expenses, mengurangkan kos: to cut ~s on labour, mengurangkan kos buruh; /drive, force/ so. into a ~, (fig.) membuat sso tersepit: in the debate he was able to drive his opponent into a ~, dlm perdebatan itu dia dapat membuat lawannya tersepit; just (a)round the ~, dekat saja; (rel to time) sudah hampir: the bus-stop is just around the ~, perhentian bas itu dekat sahaja; Independence Day is just around the ~, Hari Merdeka sudah hampir; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. point, place where two sides meet, sudut, penjuru, bucu: a square has four ~s, segi empat tepat mempunyai empat sudut; in a ~ of the room, di suatu sudut bilik itu; there was a speck of dust in the ~ of her eye, ada habuk melekat di sudut matanya; 2. bend, selekoh (jalan): a sharp ~, selekoh tajam; the car disappeared around the ~, kereta itu menghilang di selekoh jalan; 3. nook, ceruk, pelosok: the money was hidden in odd ~s of the house, wang itu tersorok di ceruk sana ceruk sini rumah itu; people came from all ~s of the country, orang datang dr setiap pelosok tanah air; 4. also corner – kick, tendangan /penjuru, sudut/; 5. also corner – hit, pukulan sudut; 6. (econ) monopoli pasaran; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corner


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA INGIN MENDAPAT PENGESAHAN BAHASA PADA BANNER DI KEDAI MAKAN SAYA IAITU ABU CORNER UNTUK TUJUAN LESEN IKLAN. ADAKAH NAMA ABU CORNER ITU SESUAI DIGUNAKAN? TERIMA KASIHAbu Corner ialah bahasa Inggeris. Untuk paparan di tempat awam termasuklah nama kedai, iklan dan sepanduk hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang betul.Tatabahasa11.03.2015
Apakah istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu kepada "Speakers Corner" dalam bahasa Inggeris. TQUntuk makluman, tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Speaker's Corner". Padanan bahasa Melayu untuk "speaker" ialah pembicara atau pemidato, dan padanan bahasa Melayu untuk "corner" ialah sudut. Cadangan kami ialah Sudut Pembicara atau Sudut Pemidato.Istilah09.06.2012
Salam sejahtera tuan. Terima kasih untuk jawapan yang diberikan mengenai terjemahan "coffee corner" kepada "sudut kopi". Saya berikan contoh ayat di bawah; Michael mencadangkan mesin pemanas air dan biskut disediakan di "sudut kopi" (coffee corner) jika ada pelawat dibawa ke sana. Apakah terjemahan "sudut kopi" itu sesuai dengan tatabahasa Melayu? Atau ada cadangan perkataan lain yang lebih tepat? Terima kasih.Untuk makluman, tiada padanan bahasa Melayu yang lain untuk "coffee corner" selain sudut kopi. Walau bagaimanapun, cadangan lain yang boleh digunakan ialah sudut minumanIstilah01.03.2017
Salam sejahtera. Apakah terjemaah bagi "coffee corner" dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sudut kopi.Istilah01.03.2017
saya bercadang untuk menukar nama dari abu corner kepada restoran kari kambing. adakah ia sesuai? dan selepas mendapat pengesahan bahasa, apakah yang perlu saya lakukan?Frasa, "RESTORAN KARI KAMBING" boleh digunakan. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa23.03.2015
Saya ingin mempamerkan papan tanda iklan. Justeru iti saya ingin mendapat pengesahan ejaan "Restoran D' Gapi Corner" boleh diguna pakai untuk iklan tersebut. Sekian. Terima Kasih. Che Zam Tel: 0122008524Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain26.03.2015
Boleh saya dapatkan istilah ini dalam bahasa melayu yang tepat? 1 door lock 2 spare tire bracket 3 lorry wooden body 4 lorry body part 5 door holder 6 ventilation plate 7 nylon bush 8 lashing ring 9 fastener 10 cargo truck 11 partition hanger 12 aluminium edge 13 corner engle 14 cargo belt 15 rubber stopper 16 door seal 17 mud flap 18 door hinge seal 19 curtainsider tensioner 20 roller shutter 21 lorry steel body 22 lorry box van body 23 handle lock 24 handle 25 lock 26 oil tank cover 27 gas spring absorber 28 aluminium profile 29 awning 30 LED room lamp 31 LED pilot lamp 32 LED side lamp 33 LED tail lamp. Saya cuba menterjemahkan tetapi dibimbangi terjemahan itu salah. diharapkan pihak DPB dapat membantu untuk tugasan saya di tempat kerja. Terima kasih.

Istilah yang tepat mengikut bidang kejuruteraan adalah seperti berikut:

 

1. door lock = kunci pintu

2. spare tire bracket = pendakap tayar simpanan

3. lorry wooden body = badan kayu lori

4. lorry body part = bahagian badan lori

5. door holder = pemegang pintu

6. ventilation plate = plat pengalihudaraan

7. nylon bush = sesendal nilon

8. lashing ring = gegelang pengikat/cecincin pengikat

9. fastener = pengetat

10. cargo truck = trak kargo

11. partition hanger = penyangkut pembahagi

12. aluminium edge = pinggir aluminium/ tepi aluminium

13. corner angle = sudut/penjuru/bucu

14. cargo belt = tali pengikat kargo/sawat kargo

15. rubber stopper = penahan getah

16 door seal = penutup pintu

17. mud flap = penahan lumpur

18. door hinge seal = penutup engsel pintu

19. curtainsider tensioner = penegang penutup

20. roller shutter = penutup jendela gulung

21. lorry steel body = badan besi lori

22. lorry box van body = peti lori bersaiz van

23. handle lock = kunci pemegang

24. handle = pemegang

25. lock = kunci

26. oil tank cover = penutup tangki minyak

27. gas spring absorber = penyerap spring bergas

28. aluminium profile = profil aluminium

29. awning = sengkuap

30. LED room lamp = lampu bilik LED

31. LED pilot lamp = lampu panduan LED

32. LED side lamp = lampu sisi LED

33. LED tail lamp = lampu belakang LED

Istilah19.12.2019

Kembali ke atas