| Mengenai peristilahan, jika istilah bahasa asing tersebut merupakan pinjaman tulen tidak asimilasi ke dalam bahasa Melayu, perlukah dieja miring? Contohnya, bona fide esprit de corps fait accompli weltanschauung aspirin dan juga, Wikipedia, Facebook, Whatsapp. Terima Kasih | Ejaan miring (italic) boleh digunakan untuk istilah atau perkataan yang tiada padanannya dalam bahasa Melayu, tetapi untuk kata nama seperti Facebook, Wikipedia dan seumpamanya tidak perlu ejaan miring (italic) hanya menggunakan huruf besar pada pangkal. | Ejaan | 10.05.2020 |
| Terangkan unsur-unsur asing dalam bahasa melayu. | Unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu, antaranya ialah kata atau istilah bahasa Inggeris atau bahasa lain yang dipinjam terjemah atau dipinjam terus (ditulis dengan huruf condong) misalnya komitmen (pinjam terjemah) atau espirit de corps (pinjam terus). | Lain-lain | 22.08.2006 |