| Untuk skrip pengiklanan televisyen. Perkataan Cotton dan Jacquard. Perlu di Melayukan atau tidak? Dalam dunia fabrik, perkataan yang biase disebut Swiis Cotton, Japanese Cotton. | Perkataan Cotton dan Jacquard perlu diterjemah dalam bahasa Melayu untuk paparan awam. Dalam bahasa Melayu, Cotton bermaksud kain kapas dan Jacquard dikekalkan perkataan yang sama. Contoh: Kain Kapas Swiss, Kain Kapas Jepun | Istilah | 17.02.2022 |
| Salam sejahtera. Material: Fluff cotton - BM translation into Bahan: Gebu kapas? Sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah "Bahan: Kapas Gebu" | Penyemakan dan penterjemahan | 21.06.2023 |
| Saya baru sahaja temukan perkataan alusmitai dalam pangkalan PRPM sebagai padanan kepada cotton candy. Bunyinya agak aneh bagi telinga Melayu saya, boleh saya tahu asal - usul perkataan tersebut? | Perkataan “alusmitai” terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan istilah bidang pentadbiran perniagaan, namun tidak dinyatakan asal-usulnya. | Istilah | 19.06.2018 |