Apakah istilah yang biasa digunakan di Malaysia bagi "Council rates' di Australia atau 'Council Tax' di England? | Belum ada lagi padanan bagi Council Rates/Council Tax dalam bahasa Melayu. Berdasarkan kaedah pencukaian yang tersebut Concil Tax/Council Rates boleh diterjemahkan kepada Cukai Majlis kerana menyandarkan cukai tersebut kepada pihak yang mengenakan cukai, iaitu majlis tempatan/pihak berkuasa tempatan. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.05.2015 |
Apakah perbezaan Sultan in Council dan Ruler in Council? | Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "Sultan in Council' ialah Sultan dalam Majlis Mesyuarat. Istilah bahasa Melayu untuk "Ruler in Council" ialah Raja dalam Mesyuarat. DBP tidak mempunyai maklumat tentang perbezaan kedua-dua istilah ini. | Istilah | 03.02.2016 |
Saya ingin mengetahui istilah yang tepat bagi frasa 'pre council" dalam bahasa Melayu. | Pre dalam bahasa Melayu ialah "Pra". Dalam data kami, terdapat pelbagai padanan bagi perkataan "council". Sebagai contoh, pramajlis. Padanan dalam bahasa Melayu bergantung kepada bidang tertentu. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari council">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=council | Makna | 11.11.2015 |
Pohon pihak tuan kemukakan cadangan padanan bagi perkara yang dinyatakan dalam Jadual yang dilampirkan. Terima kasih | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah parade ialah jalan pawai, Order in Council ialah Perintah dalam Majlis Mesyuarat, Ruler in Council ialah Raja dalam Mesyuarat, Order of the King in Council ialah Perintah Raja dalam Majlis Mesyuarat, Federal Executive Council ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan, State Executive Council ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Settlement Executive Council of a Settlement ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selat bagi sebuah Negeri Selat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 13.04.2023 |
Apakah istilah terjemahan tepat untuk United Nations Security Council (UNSC)? Adakah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, atau Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu? | Terjemahan untuk United Nations Security Council (UNSC) dalam bahasa Melayu ialah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | Makna | 07.05.2022 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "Malaysian Timber Council"? "Majlis Perkayuan Malaysia," "Majlis Kayu-Kayan Malaysia," atau "Majlis Kayu Malaysia"? | Untuk makluman tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk Malaysian Timber Council. Istilah bahasa Melayu untuk timber ialah kayu, kayu-kayan dan balak. Kayu bermaksud bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll). Kayu-kayan bermaksud pelbagai jenis kayu. Perkayuan bermaksud segala jenis pekerjaan yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, membuat kerusi drpd kayu). Oleh itu, cadangan terjemahan ialah Majlis Perkayuan Malaysia atau Majlis Kayu Malaysia, bergantung pada konsep yang dimaksudkan. | Istilah | 24.10.2011 |
Mohon kepastian penggunaan italik kata nama khas BI. Cth: NATIONAL ECONOMIC ACTION COUNCIL | Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus seperti perbadanan (institusi) tidak perlu ditulis condong tetapi huruf pertama kata nama khas tersebut ditulis dengan huruf besar. Contohnya, National Economic Action Council. Untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 96. | Lain-lain | 17.01.2025 |
adakah perkataan sindikasi merujuk kepada sesi pre council atau sesi diskusi face to face. boleh kah digunakan dalam surat rasmi seperti contoh Jadual Sesi Sindikasi bagi tujuan Pemurnian dokumen | Perkataan sindikasi tiada dalam bahasa Melayu. Padanan yang sesuai untuk face-to-face discussion ialah perbincangan bersemuka. | Makna | 05.02.2020 |
Salam sejahtera; Tujuan: Kami perlukan bantuan DBP untuk menterjemahkan tajuk ini dalam Bahasa Malaysia bagi tujuan pendaftaran dengan ROS TAJUK: ASIA LOGISTICS SUPPLY CHAIN COUNCIL Sekian; Sejuta terima kasih atas kerjasama anda. Kami amat menghargai . | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah MAJLIS RANTAIAN BEKALAN LOGISTIK ASIA. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.06.2016 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. Mobile payment market - pasaran pembayaran bimbit @ mudah alih ? 2. intelligent container terminal - pelabuhan/terminal kontena pintar? 3. State Council – Majlis negeri @ Dewan negeri? 4. real estate bubble – buih hartanah? 5. shadow banking – perbankan bayang? 6. community of shared destiny for mankind “komuniti / masyarakat yang berkongsi nasib/ berkongsi masa depan”? 7. Shenzhen-Hong Kong Stock Connect – Sambungan Saham Shenzhen-Hong Kong? 8. gymnastics rings / hanging rings - gelang gimnastik? 9. Sinicization of Marxism – Marxisme yang dichinakan? 10. high-end forum – Forum Kemuncak @ atasan? 11. Internert of everything - Internet untuk segala-galanya @ internet pelbagai benda? 12. movable cultural relics – relik budaya boleh alih? 13. Kawasan yang paling kering – kutub kering? 14. Kawasan yang paling banyak hujan- kutub hujan? 15. Slave society - masyarakat perhambaan @ masyarakat keabdian? 16. Semi-colonial– separa kolonial @ separuh colonial 17. 10 titik peratusan = 10 %? 18. going global = melangkah ke persada global? Sekian, terima kasih. | A. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah: 1. Mobile payment market – pasaran pembayaran mudah alih 2. intelligent container terminal - terminal kontena pintar 3. State Council – Majlis Negara 4. real estate bubble – gelembung hartanah 5. shadow banking – perbankan bayangan 6. community of shared destiny for mankind-komuniti yang berkongsi masa depan manusia 7. Shenzhen-Hong Kong Stock Connect – Sambungan Saham Shenzhen-Hong Kong 8. gymnastics rings / hanging rings - gelang gimnastik/gelang tergantung 9. high-end forum – Forum kemuncak atau forum atasan 10. Internert of everything - internet segala-galanya 11. movable cultural relics – relik budaya boleh alih 12. Slave society - masyarakat hamba 13. Semi-colonial– separa koloni B. Mohon berikan istilah sumber dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan tersebut mengikut konteks ayat. 1. Kawasan yang paling kering 2. Kawasan yang paling banyak hujan 3. Sinicization of Marxism 4. going global C. Maksud bagi 10 titik peratusan ialah kenaikan dari 10% ke 11% | Makna | 22.05.2021 |