Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n covering of events etc, liputan: the Prime Minister’s visit was given wide ~, lawatan Perdana Menteri itu diberi liputan yg meluas. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata coverage


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon terjemahan terma di bawah ke Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris: Contingencies - luar jangka Cost to income ratio - Nisbah kos kepada pendapatan - ? loan loss coverage - ? perlindungan kerugian pijaman - loan loss coverage Modal kumpulan 1 - Tier 1 capital Risk weighted capital ratio - Nisbah modal berwajaran Terima kasih SyameenContingencies - kontigensi, hal luar jangka
Cost to income ratio - Nisbah kos kepada pendapatan 
loan loss coverage - perlindungan kerugian pijaman
Modal kumpulan 1 - Tier 1 capital (tier lazimnya terjemahan peringkat atau tingkat, terjemahan kumpulan group)
Risk weighted capital ratio - Nisbah modal Wajaran Risiko
Penyemakan dan penterjemahan26.05.2015
Tuan/Puan, Saya ingin menterjemahkan "Comprehensive Medical Coverage" kpd "Perlindungan Medikal Komprehensif", iaitu menggunakan "medikal" sbg perkataan alternatif utk "Perubatan". Bolehkah penggunaan terma "medikal" diterima di dlm frasa tersebut? Terima kasih.Puan digalakkan menggunakan perkataan perubatan yang merupakan padanan istilah bagi medical. Hal ini kerana istilah medikal tidak diterima dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Untuk makluman puan, penggubalan/peminjaman sesuatu istilah perlu melalui peraturan yang khusus yang digubal oleh suatu jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar bidang masing-masing.Istilah08.06.2009
liputan berita atau liputan dan berita??Liputan berita ialah padanan news coverage dalam bahasa Melayu, jika merujuk perkara yang tersebut maka liputan berita ialah istilah yang betul.Tatabahasa10.04.2014
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk terminologi Short Tail Claims for Direct Insurance. Short tail dalam konteks ini bermaksud 'Classes of insurance business involving coverage for risks where claims are usually known and settled within 12 months.' Diharap mendapat cadangan terjemahan untuk short tail claims. Terima kasihTerjemahan yang boleh dicadangkan ialah "Penyelesaian Tuntutan Segera bagi Insurans Langsung".Penyemakan dan penterjemahan27.07.2015
hai ingin tanye istilah untuk "sparse" berkaitan dengan IT. huraian: sparse image is a type of disk image file used on macOS

Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bagi perkataan sparse dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, sparse bermaksud adj scanty, meagre, not dense, jarang; (of population) tidak /padat, ramai/; (of information, coverage, etc) sedikit, tidak banyak: trees in the area are ~, pokok-pokok di kawasan itu tumbuh jarang;.

Dalam istilah bidang teknologi maklumat, terdapat istilah sparse array yang padanannya ialah tatasusunan jarang.

Penyemakan dan penterjemahan06.07.2018

Kembali ke atas