| Bagi nama-nama gunung/pergunungan atau sepertinya, contohnya Blue Mountains, Green Mountains and Crazy Mountains di Amerika, perlukah diterjemah perkataan Blue, Green dan Crazy atau boleh saja diterjemah kepada Pergunungan Blue, Gunung Green dan Pergunungan Crazy? | Nama-nama bagi negara, negeri, daerah mahupun tempat adalah mengikut pengesahan yang telah diisytiharkan oleh badan-badan tertentu dalam satu-satu keadaan yang tertentu dalam masa-masa yang tertentu. Tidak ada panduan yang khusus untuk pengisytiharan satu-satu nama tersebut. Nama-nama ini hampir terkecuali daripada hukum-hukum dan pola bahasa dan penterjemahan. Nama tempat digolongkan dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, tempat, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Justeru, kata nama khas yang merujuk nama tempat tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.10.2019 |