Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt also ~ up, 1. (st baked) merangupkan, merapuhkan: you can ~ up the crust by reheating it, puan boleh merapuhkan kulit pastri itu dgn memanaskannya semula; 2. (vegetable, fruit) merangupkan: she ~ed the lettuce in cold water, dia merangupkan daun salad dgn merendamnya dlm air sejuk. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi also ~ up, 1. (of st baked) menjadi /rangup, rapuh/: the biscuits will ~ up if you heat them in the oven, biskut itu akan menjadi rangup sekiranya dibakar di dlm ketuhar; 2. (of vegetable, fruit) menjadi rangup; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n (UK), (usu in pl) kerepek kentang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. brittle, crunchy, a. (of biscuits, pastry, etc) rangup, rapuh: ~ biscuits, biskut rangup; b. (of toast) rangup, garing; c. (of st fried) garing: ~ bacon, dendeng babi garing; d. (of snow) peroi; 2. fresh and firm, rangup; (of paper, paper money, clothes, etc) keras: ~ cabbage leaves, daun kubis yg rangup; 3. (of air, breeze, etc) invigorating, sejuk dan segar: a ~ night breeze, angin malam yg sejuk dan segar; 4. tightly curled, keriting halus: ~ hair, rambut keriting halus; 5. brisk, a. (of manner, behaviour, etc) tegas dan tdk membuang masa; b. (of speech, writing, etc) ringkas dan tepat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata crisp


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terjemahan "crisp" ialah "rangup". Jika saya ingin menambah imbuhan di hadapan perkataan "rangup" ini, yang membawa maksud "untuk menjadikan sesuatu itu rangup", mana satukah imbuhan yang betul? "perangup" atau "pengrangup"

Istilah “perangup” atau “pengrangup” tidak wujud dalam pembentukan kata dasar rangup. Jika ingin membawa maksud menjadikan makanan rangup, teks yang lebih sesuai ialah “merangupkan”. Contoh ayat, “Bahan ini digunakan untuk merangupkan ayam goreng.”

Sementara itu, “kerangupan” juga sesuai untuk digunakan yang membawa maksud hal atau keadaan rangup. Contoh ayat, “Kedai roti tersebut menggunakan ramuan terbaik bagi menambahkan kerangupan biskutnya.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1820.

Tatabahasa10.05.2026
salam saya nak tanya, terjemahan untuk acronym CRISP-DM “cross industy strandard process for data mining” (CRISP-DM)Kami mencadangkan istilah "Cross-Industry Standard Process for Data Mining" diterjemahkan sebagai "Proses Piawai Rentas Industri bagi Perlombongan Data" atau "Proses Standard Silang Industri bagi Perlombongan Data". Walau bagaimanapun, padanan terjemahan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Istilah13.07.2021
Boleh saya tahu nama lain dalam BM, bagi nama yang dinyatakan? Raisin Sand, Luxe Rice, Palmier, Biscotti, Pumpkin Seed CrispAdakah yang dimaksudkan istilah raisin sand atau raisin sandwich? Mohon diberikan cadangan, bidang, konsep dan konteks istilah ini bagi membantu pihak kami memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang sesuai.

Sekian. Terima kasih.
Istilah30.09.2024

Kembali ke atas