Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep bongsu; pak ~ pak bongsu (pak cik); mak ~ mak bongsu (mak cik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cu I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk unit sukatan berikut, "cu in" dan "cc", contohnya 900 cc/60 cu in. Adakah terjemahan sebagai kubik inci betul? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untukĀ "cubic inch" (cu in) ialah inci padu dan "cubic centimetre" (cc) ialah sentimeter padu.Istilah25.09.2012
Saya ingin bertanya tentang pemisahan kata mengikut sebutan kata: 1. acuan: a/cuan ATAU a/cu/an Adakah perkataan lain seperti tuan, luas, kemajuan juga dipisahkan mengikut teori yang sama? 2. sajian: sa/jian ATAU sa/ji/an Adakah perkataan lain seperti keberanian, tarian, pertanian juga dipisahkan mengikut teori yang sama? TQ.1. [a.cuan]
2. [sa.jian]

Perkataan lain disebut mengikut teori yang sama. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP 2008 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa22.04.2013
Salam Sejahtera. 1. Bagaimanakah cara yang betul untuk menulis sinkope 'tu', 'ni', 'kan', 'nak'? 2. Ada editor yang meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan = 'kan. Apakah fungsi (') 3. Perlukah juga meletakkan tanda (') pada singkatan cu = cucu, nak = anak, pak = bapak? Terima kasihSalam sejahtera,

1. Untuk singkatan tu, ni, kan dan nak = singkatan tersebut sudah betul. Untuk kan, hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.
2. Editor tidak meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan.
3. Tidak perlu meletakkan (') pada kependekan cucu, anak dan bapak.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. 
Tatabahasa23.09.2015
Apakah turutan nama gelaran untuk adik beradik didalam keluarga? Sulong, Angah, Uda..... dan seterusnya sehingga ke yang Bongsu. Adakah turutan ini berlainan dari negeri ke negeri? Apa bezanyas sekiranya ada 9 adik beradik dan 13 adik beradik?Gelaran yang biasa digunakan ialah along, angah, uda, alang,andak, tam, teh, cik dan cu. Gelaran ini berbeza mengikut negeri. Pada kebiasaan hanya gelaran ini digunakan. Sekiranya lebih bergantung pada keluarga berkenaan.  Mungkin saudara boleh cuba menghubungi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan tentang perkara ini.   Lain-lain06.05.2008
adakah "buai", "buaian", "cuai" diftongDiftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi.

Perkataan buai, buaian dan cuai adalah diftong.
Tatabahasa07.03.2017
Bagaimana hendak menulis Bibliografi untuk artikel yang dipeti daripada internet? Sebagai contoh: Ana Ghoib. (Jan 8, 2015). Fenomena suhu sejuk melampau akan berulang. Berita Terkini. Diambil daripada: malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/

Berikut diberikan format penulisan bibliografi untuk artikel daripada Internet:

(a)          Nama pengarang.
(b)         Tarikh data dalam tanda kurung.
(c)          Tajuk bahan.
(d)         Nama penerbit.
(e)          Alamat laman sesawang.
(f)          Tarikh melayari laman sesawang dalam tanda kurung.

CONTOH:
 
Taylor, Todd. (15 Mei 2002). “The Elements of Citation: Basic CGOS Style”. 
        Columbia University Press.
        cu/cup/cgos/idx_basic.html">http://www.columbia.edu/cu/cup/cgos/idx_basic.html  (23 Mei 2002).

Ana Ghoib. (8 Januari 2015). “Fenomena Suhu Sejuk Melampau akan Berulang”.

Berita Terkini.

http malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ (        ?        )

Lain-lain08.07.2015
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013
mak usu,mak ngah,pak long adakah tergolong dalam kata nama am atau khas?
Kamus Dewan, Edisi Keempat, halaman 980: mak bongsu, iaitu mak cu, mak su dan mak usu dieja dengan huruf kecil.
mak usu, mak long ialah kata nama am, tetapi menjadi kata nama khas apabila ada nama khusus digandingkan bersama seperti Mak Su Limah dan Mak Long Siti.
Tatabahasa10.01.2013

Kembali ke atas