Apakah maksuk perkataan mumbang. Ini dari peribahasa cuba-cuba menanam mumbang. | Mumbang ialah putik kelapa (yang masih kecil). | Makna | 05.05.2008 |
Merujuk jawapan bagi soalan 46 yang telah saya tanya.Tuan mengatakan bahawa `cuba` ialah kata bantu. ` cuba` ialah kata bantu ragam atau kata bantu aspek? Bolehkah kata bantu `cuba ` boleh menerima imbuhan lalu menjadi `mencuba ` ? Terima kasih. | Cuba tergolong dalam golongan kata kerja, oleh sebab itu cuba boleh menerima awalan meN- (mencuba) dan dalam hal ini cuba bukanlah kata bantu. Untuk lebih memahami kata bantu termasuklah bentuk dan jenisnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 471. | Tatabahasa | 06.05.2009 |
Apakah status "cuba" dan "terus" dalam contoh ayat dibawah? 1. Ibu cuba menolak pintu itu dengan sekuat hati. 2. Adik terus berlari mendapatkan ayah yang pulang dari Bali. Adakah ia adalah kata adverba?Sekiranya adverba, adakah ia tergolong Kata Adverba Jati? Terima kasih. | Kata cuba dan terus dalam kedua-dua ayat tersebut merupakan kata adverba jati yang menerangkan kata kerja dan frasa kerja. | Tatabahasa | 07.04.2008 |
Merujuk soalan 48 yang telah saya kemukakan. Nampaknya ` cuba` ialah kata kerja dan bukannya kata bantu. Soalan 48 ini sebenarnya ada kaitan dengan kemusykilan saya tentang soalan yang telah saya kemukakan sebelum ini iaitu `mereka mencuba melupakan perkara itu` Tuan telah memberikan banyak penjelasan . Antaranya ayat tersebut dipasifkan menjadi` perkara itu cuba dilupakan oleh mereka`. Sebenarnya, saya ingin tahu sebab `mencuba` hanya menjadi`cuba` dalam ayat pasif itu. Kemudian encik menjelaskan bahawa `cuba ` ialah kata bantu,kemudian, tuan membetulkannya dengan mengatakan `cuba ` ialah kata kerja. Boleh tak encik menjawab soalan 44 yang telah saya tanya sekali lagi kerana soalan ini berkaitan dengan huraian di atas? | Dalam ayat mereka mencuba melupakan perkara itu apabila dipasifkan menjadi perkara itu cuba dilupakan oleh mereka. Ayat ini merupakan ayat pasif diri ketiga. Contoh lain: Saya membaca buku itu, apabila dipasifkan menjadi buku itu saya baca. Kata cuba boleh juga digolongkan sebagai kata kerja dan kata bantu bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 13.05.2009 |
I cuba lampirkan untuk pendaftaran iklan, tetapi itu tidak lampirkan. sila bagi tolong nak daftarkan | Untuk makluman, iklan tersebut adalah betul dan telah disahkan. Sila lihat lampiran. | Lain-lain | 07.03.2013 |
Saya cuba menhubungi pihak DBP tetapi tiada jawapan. Kami inginkan terjemahan yang paling dekat kepada perkataan 'FRUGAL" dan 'MINIMALIST' Kami banyak menggunakan perkataan ini dalam taklimat kami. Harap pihak tuan dapat memberkan jawapan dengan segera. Boleh hubungi saya di email atau telefon 03-26914088 ext 114. Terima Kasih | Kamus Inggeris - Melayu Dewan memberi padanan frugal ialah berjimat-cermat atau berhemat, manakala minimalist belum ada dalam sumber rujukan kami. Namun kami mencadangkan istilah minimalist dikekalkan dengan ejaan minimalis seperti contoh yang lain, iaitu artist yang diterjemahkan sebagai artis. | Istilah | 14.12.2011 |
Saya cuba membuat pencarian kata tetapi mesej berikut terpapar : ERROR [08004] [IBM] SQL30061N The database alias or database name "SPMB " was not found at the remote node. SQLSTATE=08004 Apakah masalah dan cara penyelesaiannya? | Masalah ini adalah masalah teknikal dan pihak kami akan mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut. | Lain-lain | 19.06.2009 |
Saya cuba daftar tetapi rekod tidak dapat disimpan. Jadi saya harap dapat menerima bantuan dengan cara ini. Saya perlukan terjemahan istilah genetik narrow-sense heritabilities dalam Bahasa Melayu. TK | Ejaan yang betul ialah narrow-sense heritability. Maknanya ialah keterwarisan erti sempit. | Istilah | 18.12.2008 |
apabila saya cuba membuat carian kata, saya mendapat error : The service is unavailable. Ini telah berjlanjutan sejak pagi tadi. | Sehingga kini tiak ada masalah dalam laman web kami, carian data dapat dibuat seperti biasa. | Lain-lain | 19.09.2013 |
saya dah cuba call dewan bahasa susah tak ada jawapan. soalan saya bagaimana saya hendak mendapatkan perkhidmatan penterjemahan dari BM ke BI. SIAPA PERLU SAUA RUJUK DAN NO SAMBUNGAN TEL. BERAPAKAH BAYARANYA. ITU SHAJA DAN tERIMA KASIH | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan seperti yang dinyatakan. Kami cadangkan saudara hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia di talian 03-21424381 (Puan Suzana) untuk mendapatkan khidmat yang diperlukan. | Lain-lain | 21.03.2011 |