Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.bit] | چوبيت

Definisi : ; siapa kena ~, dialah yg berasa sakit prb siapa yg berbuat salah, dialah yg menanggung kesusahannya; secubit sebanyak yg dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain, sedikit sahaja, sekelumit; mencubit 1. menyepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain, menggetil: ia terkejut apabila pahanya dicubit; 2. ki mengambil sedikit (makanan dll): aku ~ kuih itu sedikit; mencubit-cubit mencubit berulang kali; cubit-mencubit saling mencubit; cubitan perbuatan mencubit, getilan: seorang syahid tidak berasa sentuhan maut melainkan hanya spt rasa ~ sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.bit] | چوبيت

Definisi : ; mencubit 1 menyepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain; menggetil: Dia ~ paha anaknya yg nakal itu. 2 ki mengambil (makanan dll) sedikit. cubitan hal atau hasil perbuatan mencubit; getilan; ketilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cubit

Puisi
 

Bulan cerah bersinar benar,
     Cahayanya cerah sampai ke pintu;
Cuba cubit abang nak kenal,
     Lainkah tidak dari dahulu?


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Cubit paha sendiri dulu,
     baru cubit paha orang lain.

Bermaksud :

Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain. (Bandingkan dengan: Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih.

Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah.  Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan.  Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.  Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

(Maksud lapis pertama jelas.  Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) 

Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan.  Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.  Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Sastera16.02.2011

Kembali ke atas