Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuci;

Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam cakap ajuk, harus meletakkan koma atau noktah di hujung ayat? Misalnya:- "Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin. "Cuci baju kamu." arah ibu kepada Amin.Tanda koma perlu diletakkan di hujung ayat, contohnya  "Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin.Lain-lain27.10.2015
Adakah boleh 'cuci wang' digunakan untuk padanan 'launder money' dalam penggunaan rasmi?Cadangan terjemahan bagi launder money ialah "pengubahan wang haram atau pelaburan wang haram" Makna04.08.2022
perkhidmatan cuci kereta atau perkhidmatan mencuci kereta?Yang betul ialah khidmat cuci kereta atau perkhidmatan mencuci kereta dan bentuk yang ringkas biasanya digunakan dalam iklan.Istilah11.06.2008
Penggunaan "cuci" dan "basuh" Adakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam ayat ini. Saya membasuh rambut 2 hari sekali. Saya mencuci rambut dua kali sehari. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Oleh itu, kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. 1. Saya membasuh rambut dua hari sekali. 2. Saya mencuci rambut dua kali sehari.Makna21.07.2013
penggunaan bahasa yang betul bg ayat @ perbuatan berikut: i) "cuci gambar" @ "basuh gambar" di kedai gambar?

Saudara Nur Amalina,

Frasa yang lazim digunakan ialah cuci gambar atau memproses gambar 

Tatabahasa24.03.2010
Salam, saya sedang mengedit jawapan untuk karangan autobiografi 'Aku sebuah tandas awam'. Saya ingin bertanya, penggunaan penyambungan 'ku' di belakang perkataan yang macam mana yang dikatakan betul dan sesuai? 1. membelek-belek tubuhku @ membelek-belek tubuh aku 2. tukang cuci itu mencuciku @ tukang cuci itu mencuci aku 3. badanku diperbuat daripada batu @ badan aku diperbuat daripada batu dan seumpamanya.. Sekian, terima kasih.
Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi ayat yang dinyatakan, kesemuannya tepat penggunaan sama ada aku mahupun ku.
Tatabahasa27.12.2012
1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. Ayat 1 @ Ayat 2 betul? 3. Kasut itu saya cuci. 4. Kasut itu dicuci oleh saya. Ayat 3 @ Ayat 4 betul? 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. Ayat 5 @ Ayat 6 betul? TQ.....1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. - Kedua-dua ayat ini betul. 
3. Kasut itu saya cuci. - betul 4. Kasut itu dicuci oleh saya. - salah  
5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. - kedua-dua ayat ini betul.
Tatabahasa06.03.2012
Salam. Adakah ayat di bawah ini betul? Kerap cuci tangan dengan sabun atau Hand Sanitizer.Ayat yang betul ialah "Kerap mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan."Tatabahasa15.01.2022
Salam sejahtera, Adakah "washstand" boleh diterjemahkan kepada "sink cuci tangan" atau dikekalkan seadanya? Jika tidak, mohon pendapat dan bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang sesuai. Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Washstand Terima kasih.Salam Sejahtera. Padanan bahasa Melayu untuk washstand  ialah dirian sinki. Sekian. Terima kasih.Istilah10.12.2017
Maksud dalam bahasa Melayu Car WashbBahasa Melayu yang betul ialah Pusat Cuci KeretaMakna03.03.2014
123

Kembali ke atas