Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cuit] | چوءيت

Definisi : ; bercuit-cuit bergerak-gerak cepat spt menggamit-gamit (bkn jari); ~ gamit sentuh­-menyentuh dgn hujung jari (sewaktu berseloroh dll): dia telah pandai pula bertepuk tampar dan ~ gamit dgn tetamu-tetamu yg hidung belang; mencuit mencuil, menggamit, menyentuh dgn hujung jari: terkejut saya dicuitnya; tercuit ki tersentuh jiwa (hati dll) kerana sesuatu: hati penulis ~ ketika melawat khemah pelarian itu; cuitan sentuhan dgn hujung jari (sewaktu berseloroh, sbg memberi isyarat, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cuit] | چوءيت

Definisi : ; bercuit-cuit bergerak-gerak cepat (ttg jari). mencuit menyentuh dgn hujung jari. ~ hati menggelikan hati; mencolek hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah Tuan menjelaskan perbezaan antara membatang suku kata dengan sebutan sesuatu perkataan? Guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah sering menimbulkan kekeliruan antar dua perkara ini? Perkataan contoh: 1. cuit 2. piano 3. berada 4. mengandungi 5. memasuki 6. pengunjung 7. berkenalan 8. berasaskan Harap Tuan menjelaskan perkara di atas dengan sepuhnya di samping memberikan petua atau teknik untuk membatang suku kata dan menyebut perkataan. Sekian terima.Membatang perkataan adalah dengan membatang suku kata. Atau dengan kata yang lebih mudah, untuk mengeja perkataan (membatang perkataan) adalah dengan memenggalkan perkataan mengikut suku kata perkataan berkenaan. Kaedah mengeja sesuatu kata adalah berdasarkan pemenggalan suku kata. Kaedah mengeja kata harus dibezakan dengan kaedah sebutan iaitu berdasarkan pemenggalan suku kata dan pemecahan suku kata. Keterangan lanjut terdapat dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) DBP, 2004.
1. cuit (cuit)
2. piano (pia.no)
3. berada (be.ra.da)
4. mengandungi (men.ngan.du.ngi)
5. memasuki (me.ma.su.ki)
6. pengunjung (pe.ngun.jung)
7. berkenalan (ber.ke.na.lan)
8. berasaskan (ber.a.sas.kan)/(be.ra.sas.kan)
Tatabahasa27.03.2013

Kembali ke atas