apakah definisi hasil bukan cukai?dan terangkan fungsinya...dan terimaan bukan hasil?terangkan fungsi nya... | Hasil bukan cukai merujuk kepada pendapatan yang diperoleh bukan melalui cukai yang dikenakan kepada orang ramai. | Makna | 18.10.2010 |
salam, ketika bila penggunaan 'commercial' diterjemahkan kepada dagangan atau perdagangan dalam istilah ekonomi dan perdagangan? t.kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perdagangan bermaksud perihal berdagang, urusan berĀniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha untuk memajuĀkan ~ antara negara-negara yang sedang maju; Dagangan pula bermaksud barang-barang yang diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri daripada kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat dan lazimnya perdagangan digunakan bagi terjemahan commercial. Puan boleh merujuk data melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=commercial . | Penyemakan dan penterjemahan | 15.06.2016 |