Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cukai yg dikenakan terhadap pendapatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cukai yg dikenakan atas pendapatan se­seorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cukai pendapatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Jika saya ingin meringkaskan perkataan yang akan digunakan berkali-kali dalam sesuatu laporan adakah ringkasan berikut adalah betul (dalam kurungan) : Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) Terima kasih.Dalam penulisan umum pengulangan nama khas lazimnya dipendekkan untuk kali yang kedua dan seterusnya setelah dieja penuh untuk kali yang pertama. Tetapi dalam penulisan undang-undang lebih-lebih lagi nama akta lazimnya ditulis penuh pada setiap kali akta ini dimaksudkan.Tatabahasa28.11.2012
Terima kasih atas jawapan tuan. Merujuk kepada soalan saya yang pertama : adakah singkatan ACP 1967 adalah betul untuk penulisan umum? Terima kasih.Walaupun penulisan umum tetapi masih berkaitan dengan teks undang-undang. Cadangan kami Akta Cukai Pendapatan 1967 perlu ditulis penuh pada setiap kali pengulangannya, atau pilihan yang lain tuan boleh menulis akta ini atau akta tersebut.Tatabahasa28.11.2012
Definisi cukai.Cukai membawa maksud bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan seseorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi.Makna08.05.2014
1. Yang mana satu betul? Perlepasan atau pelepasan. 2. Kenapa perkataan keluar disambungkan sedangkan perkataan ke dalam dijauhkan. Terims kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Perlepasan bermaksud  perihal berlepas dan digunakan untuk  maksud terutamanya perlepasan kapal terbang, contoh ayat: Menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya bagi perlepasan dan pendaratan kapal terbang.    Manakala pelepasan pula bermaksud perihal melepaskan: Contoh ayat: maka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya;
Keluar dan ke luar ialah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll):  5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll):  8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luar. a) ke luar negeri b) ke luar negeri.  Oleh itu, jika dibandingkan dengan kedua-dua makna perkataan keluar dan ke luar ini, maka ejaan ke dalam ialah sama erti/maksud penggunaannnya dan ejaannya dengan perkataan ke luar.
Ejaan04.06.2018
apakah definisi hasil bukan cukai?dan terangkan fungsinya...dan terimaan bukan hasil?terangkan fungsi nya...Hasil bukan cukai merujuk kepada pendapatan yang diperoleh bukan melalui cukai yang dikenakan kepada  orang ramai.Makna18.10.2010
Apakah maksud ayat 'membangunkan masyarakat progresif'? Terima kasih.Progresif membawa maksud : (progrésif) 1. menuju ke arah per­baikan atau kemajuan, maju: dasar yg ~; 2. semakin meningkat kadar cukai apabila jumlah pendapatan yg boleh dicukai bertambah: cukai ~; 3. bertahap-tahap, ber­peringkat-peringkat: pelaksanaannya dlm bidang pentadbiran dan pendidikan sedang dijalankan secara ~. Maknanya, menuju masyarakat progresif membawa menuju masyarakat yang lebih baik dan maju.Makna29.10.2014
mencari maksud dan difinisi untuk perkataan sewa,pajak, dan beli

Sewa:- 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai-menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh digunakan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk menggunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran;

Pajak:- 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) 1 8 cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang;

Beli:- = membeli 1. memperoleh barang dgn mem bayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);

Makna21.04.2009
selamat tengah hari.saya nak tanya maksud bagi; 1.dasar 2.fiskal 3.kaitan kedua-duanya terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dasar bermaksud bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll), manakala fiskal pula ialah 1. pegawai kehakiman (lebih rendah drpd jaksa); 2. bkn kewangan atau hasil pendapatan kerajaan (spt cukai dll).  Walau bagaimanapun, padanan bagi perkataan dasar fiskal ialah dasar belanjawan, dasar kewangan.

Lain-lain16.03.2010

Kembali ke atas