Slm Sejahtera.. apakah maksud perkataan "cula" dalam ayat ini "En Abu mencula undi di kampungnya." | Maksud perkataan cula dalam ayat tersebut ialah “Hitungan yang dibuat untuk mengetahui banyaknya sokongan terhadap sesorang atau sesuatu pada sesuatu masa. (Kamus Dewan Perdana) | Lain-lain | 18.04.2022 |
apa maksud culaan | Culaan ialah hasil daripada perbuatan mencula. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna seperti yang berikut: cula2 چوال kata nama 1 hitungan yang dibuat untuk mengetahui banyaknya sokongan terhadap seseorang atau sesuatu pada sesuatu masa: Parti itu biasa membuat cula kawasan sebelum pilihan raya. kata kerja transitif 2 lihat mencula; mencula منچوال kata kerja tak transitif 1 melakukan cula: Selain mencula, mereka juga menyemak daftar pemilih dalam pilihan raya itu. kata kerja transitif [pasif: dicula, cula] 2 melakukan cula terhadap (pengundi): Mereka berkempen dari rumah ke rumah meraih dan mencula undi. penculaan ڤنچوالءن kata nama perbuatan mencula: Penculaan undi yang diamalkan di Malaysia membolehkan parti-parti politik mengenali sebanyak mana pengundi mereka. culaan چوالءن kata nama hasil daripada mencula: Culaan setakat ini menunjukkan penolakan pengundi terhadap GST mencecah 75%. Semua kata adalah bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya. | Makna | 27.07.2023 |
saya ingin bertanya tentang perkataan 'culaan'. Setelah dikaji, saya mendapati perkataan 'culaan' tiada dalam kamus. Bahkan, istilah 'cula' membawa maksud yang lain daripada 'culaan' yang sering digunakan untuk banci. Mohon pencerahan memandangkan istilah 'culaan' begitu popular dalam surat kabar dan artikel ie mencula, membuat culaan etc | Buat masa ini perkataan culaan tidak terdapat dalam kamus di DBP. Akan tetapi, berdasarkan korpus ia membawa maksud pengiraan awal/pengiraan banci. Mungkin selepas ini akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam kamus jika berkaitan. | Istilah | 30.06.2015 |