Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt (biol) mengkultur; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. social and intellectual refinement, beradab: he is a man of considerable ~, dia beradab orangnya; 5. development of body by education or training, penjagaan: she went to physical ~ classes, dia mengikuti kelas penjagaan badan; an expert in beauty ~, pakar penjagaan kecantikan; 6. rearing, breeding, pemeliharaan, pembiakan: bee ~ is only a hobby with him, pembiakan lebah hanyalah hobi baginya; 7. (biol) kultur: a ~ of typhoid germs, kultur kuman tifoid; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. the total of the ideas, customs, beliefs, knowledge, art that are shared by members of a group, kebudayaan, budaya: Malay ~, kebudayaan Melayu; the variety of peoples and ~s, berbagai-bagai bangsa dan kebudayaan; 2. particular civilization considered in relation to its ideas, customs, art, etc, kebudayaan: a history of Chinese civilizations and ~s, sejarah kebudayaan dan tamadun Cina; 3. the arts, kebudayaan: Paris was considered to be the centre of ~, Paris dianggap sbg pusat kebudayaan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata culture


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menurut (Goffee and Jones 1998), budaya organisasi terbahagi kepada dua dimensi iaitu 'sociability dan solidarity'. Daripada dua dimensi tersebut, lahir empat jenis budaya organisasi iaitu: 1. Communal Culture 2. Fragmented Culture 3. Networked Culture 4. Mercenery Culture Adakah istilah dalam bahasa melayu yang boleh digunakan untuk mentafsirkan dua dimensi budaya dan empat jenis budaya tersebut? Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk sociability ialah kebolehsosialan atau keramahan. Istilah untuk solidarity ialah perpaduan atau setiakawan. Tidak terdapat istilah khusus untuk empat jenis budaya yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk istilah yang berikut:

1. communal  - komunal/perkauman
2. fragmented - berpecah
3. networked - berangkaian
4. mercenary - mata duitan
Istilah08.01.2013
Apakah istilah padanan untuk "passage number" dalam contoh ayat berikut: "The passage number of a cell culture is a record of the number of times the culture has been subcultured, that harvested and reseeded into multiple 'daughter' cell culture flasks."Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

passage number - nombor laluan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain13.06.2021
Mohon nasihat dan pandangan tuan/puan bagi terma-terma berikut: 1) "culture rape" seperti dalam ayat: The 17-year-old exposing rape culture in Malaysian schools 2) "victim percipitation" seperti dalam ayat: Victim precipitation is a controversial theory asserting that victims sometimes initiate the actions which lead to their harm or loss. Kedua-dua terma ini berkait dengan bidang kriminologi. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah rape culture ialah budaya rogol dan istilah victim precipitation ialah dorongan mangsa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah27.02.2024
Tuan / Puan, Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak DBP untuk terjemahan berikut: Head, Culture & Engagement Terima kasihTerjemahan bagi Head of Culture & Engagement ialah Ketua Kebudayaan dan Libat Urus Penyemakan dan penterjemahan05.07.2022
Assalamualaikum. Adakah sesuai jika 'cancel culture' yang menjadi satu kelaziman dalam media sosial kini, diterjemahkan sebagai 'budaya pengenyahan'?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

cancel culture - budaya penolakan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain29.01.2022
Apakah terjemahahan yang paling tepat bagi "cradle of Malay culture"?

Kami mencadangkan padanan terjemahan “Pemulaan Tamadun Melayu” untuk  “cradle of Malay culture" Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.

 

Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. untuk mendapatkan terjemahan yang lebih tepat.

Penyemakan dan penterjemahan29.03.2023
Apakah makna terjemahan untuk Head-People & Culture

Cadangan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai bagi Head-People & Culture ialah “Ketua Masyarakat dan Budaya”.

Penyemakan dan penterjemahan30.08.2023
Assalamualaikum wbt dan salam sejatera tuan/puan, 1) Mohon bantuan untuk mencadangkan terjemahan "rape culture" dalam bahasa Melayu. 2) Mohon bantuan juga untuk mencadangkan terjemahan bagi "victim precipitation" dalam bahasa Melayu. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah rape culture ialah budaya rogol dan istilah victim precipitation ialah dorongan mangsa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah27.02.2024
ISTILAH MELAYU UNTUK PERKATAAN: 1. COMMUNITY ENGAGEMENT 2. REINFORCES DORMINANT CULTURE NORMS 3. AFFIRMS YPUTH WORKER POWER

Untuk makluman istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data kami. Cadangan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1. community engagement - keterlibatan masyarakat

2. reinforces dominant culture norms - memperkukuh norma kebudayaan dominan

3. affirms youth work power - menegaskan/menyatakan/mengesahkan tenaga kerja belia (terdapat beberapa padanan untuk affirm, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan) 

Istilah22.04.2011
Saudara/ri, Bagaimana pendapat anda pada ayat ini . (inculcate and sustain safety culture) mana antara yang di bawah sangat sesuai? 1. " menerapkan dan mengamalkan budaya kerja selamat" 2. " memupuk dan mengekalkan budaya kerja selamat" 3. " menerapkan dan mengekalkan budaya kerja selamat"Terjemahan yang lebih sesuai untuk frasa inculcate and sustain safety culture ialah "memupuk dan mengekalkan budaya kerja selamat".Lain-lain23.07.2015
123

Kembali ke atas