a) Saya cuma...." Hanna tidak mampu meneruskan kata-kata. b) Saya cuma...," Hanna tidak mampu meneruskan kata-kata. | Saya cuma...," Hanna tidak mampu meneruskan kata-kata. | Ejaan | 31.10.2011 |
Sila jelaskan perbezaan antara frasa "cuma kerana" dan "hanya kerana" serta penggunaan kedua-duanya. Sila beri contoh ayat. Terima kasih | Penggunaan 'hanya kerana' atau 'cuma kerana' menunjukkan ada unsur penekanan atau penegasan. Dari segi makna, 'kerana' bermaksud sebab; cuma bermaksud hanya, melainkan, semata-mata; dan hanya bermaksud tidak lebih daripada, cuma, sahaja. Contoh ayat : Ahmad berasa kecil hati terhadap Zaidah hanya kerana gurauannya tadi. Dalam contoh ini, 'hanya' boleh digugurkan supaya lebih baku tetapi bagi maksud memberi penegasan, khususnya dalam ungkapan lisan, boleh digunakan. | Makna | 21.03.2008 |
Saya ada beberapa pertanyaan untuk pihak DBP. 1. Adakah ayat ini benar dari segi tatabahasa? “Saya dijamukan dengan pemandangan sawah padi yang indah sewaktu berkunjung ke negeri Kedah.” Adakah istilah “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan”? 2. Adakah kata ganda “cuma-cuma” boleh disingkatkan menjadi cecuma? 3. Adakah perkataan “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” merupakan perkataan asli bahasa Melayu atau kata serapan dari bahasa Indonesia? Kerana tiada tanda “Id” di PRPM pada dua perkataan ini. 4. Bolehkah istilah “waktu setempat” digunakan selain istilah “waktu tempatan” yang bererti “local time” dalam bahasa Inggeris? 5. Adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” 6. Mengapa kependekan bagi “sentimeter” di dalam bahasa Melayu bukan “sm”? Kenapa kependekan “cm” bahasa Inggeris yang digunakan? | 1. Perkataan “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan” jika merujuk kepada menghidangkan makanan 2. Kata ganda “cuma-cuma” tidak boleh disingkatkan menjadi cecuma 3. Perkataan “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan dirakam dalam Kamus Dewan Perdana. 4. Istilah “waktu tempatan” lebih tepat sebagai padanan untuk “local time”. 5. Ayat “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” Tidak tepat. 6.Kependekan ”cm’ digunakan untuk merujuk kepada sentimeter mengikut keselarasan standard antarabangsa - International System of Units (SI) | Tatabahasa | 07.06.2023 |
Yang mana betul? (1) "Barang ini cuma beberapa puluh sen lebih mahal daripada barang itu." (2) Barang ini cuma lebih mahal beberapa puluh sen daripada barang itu. | Ayat yang betul ialah "Barang ini cuma beberapa puluh sen lebih mahal daripada barang itu". | Tatabahasa | 28.09.2014 |
Adakah penggunaan kata nafi ayat di bawah ini betul? 1. Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang. | Ayat "Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang" betul. Kata nafi bukan digunakan apabila menafikan frasa yang membawa maksud bertentangan. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Salam saya ingin membuat buku bacaan untuk murid umur 4 tahun. Perkataan yang akan saya gunakan mesti: 1) cuma mengandungi dua suku kata terbuka. e.g. suka, mata, etc. 2) cuma ada maksimum dua perkataan sahaja untuk satu muka surat. Berikut merupakan jalan cerita tersebut. Minta pihak tuan dapat membantu untuk memeriksa samada cerita tersebut boleh diluluskan: Pg.1: Mei Ling Pg.2: Buku Pg.3: Meja Pg.4: Didi (kucing) Pg.5: Buku duka. (Buku sedih sebab koyak tak dijaga) Pg.6: Meja duka. (Meja sedih sebab kotor tak dijaga) Pg.7: Didi duka. (Didi sedih sebab kotor dan lapar.) Pg.8: Mei Ling lari. (Mei Ling berlari.) Pg.9: Mei Ling luka. (Mei Ling terjatuh dan luka) Pg.10: Mei Ling duka. (Mei Ling sedih sebab luka dan sakit.) Pg.11: Jaga luka. (Mei Ling letak ubat pada luka.) Pg.12: Luka lega. (Luka sembuh.) Pg.13: Jaga buku. (Mei Ling jaga buku baik-baik.) Pg.14: Buku lega. (Buku gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.15: Jaga meja. (Mei Ling jaga meja baik-baik) Pg.16: Meja lega. (Meja gembira sebab dijaga dengan baik) Pg.17: Jaga Didi. (Mei Ling jaga Didi baik-baik.) Pg.18: Didi lega. (Didi gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.19: Mei Ling suka. (Mei Ling gembira sebab semua barang-barang dan haiwannnya berada dalam keadaan yang baik.) MORAL CERITA: Jaga diri dan hak milik dengan baik. Terima kasih untuk bantuan. | Salam puan yang budiman, Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan tersebut perlu disertakan dengan: 1. Salinan lembut manuskrip. 2. Salinan bercetak manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Karya | 22.07.2025 |
Salam saya ingin membuat buku bacaan untuk murid umur 4 tahun. Perkataan yang akan saya gunakan mesti: 1) cuma mengandungi dua suku kata terbuka. e.g. suka, mata, etc. 2) cuma ada maksimum dua perkataan sahaja untuk satu muka surat. Berikut merupakan jalan cerita tersebut. Minta pihak tuan dapat membantu untuk memeriksa samada cerita tersebut boleh diluluskan: Pg.1: Mei Ling Pg.2: Buku Pg.3: Meja Pg.4: Didi (kucing) Pg.5: Buku duka. (Buku sedih sebab koyak tak dijaga) Pg.6: Meja duka. (Meja sedih sebab kotor tak dijaga) Pg.7: Didi duka. (Didi sedih sebab kotor dan lapar.) Pg.8: Mei Ling lari. (Mei Ling berlari.) Pg.9: Mei Ling luka. (Mei Ling terjatuh dan luka) Pg.10: Mei Ling duka. (Mei Ling sedih sebab luka dan sakit.) Pg.11: Jaga luka. (Mei Ling letak ubat pada luka.) Pg.12: Luka lega. (Luka sembuh.) Pg.13: Jaga buku. (Mei Ling jaga buku baik-baik.) Pg.14: Buku lega. (Buku gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.15: Jaga meja. (Mei Ling jaga meja baik-baik) Pg.16: Meja lega. (Meja gembira sebab dijaga dengan baik) Pg.17: Jaga Didi. (Mei Ling jaga Didi baik-baik.) Pg.18: Didi lega. (Didi gembira sebab dijaga dengan baik.) Pg.19: Mei Ling suka. (Mei Ling gembira sebab semua barang-barang dan haiwannnya berada dalam keadaan yang baik.) MORAL CERITA: Jaga diri dan hak milik dengan baik. Terima kasih untuk bantuan. | Salam puan yang budiman, Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan tersebut perlu disertakan dengan: 1. Salinan lembut manuskrip. 2. Salinan bercetak manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Karya | 04.06.2025 |
Mohd Danish Hakim Fauzi THU 11:32AM Assalamualaikum, saya menggunakan perkhidmatan komuter untuk berulang alik ke tempat kerja. Cuma minggu lepas KTM telah meletakkan papan tanda prosedur keselamatan di setiap gerabaknya. Di sini saya cuma ingin bertanya mengenai ejaan yang betul bagi perkataan samada prosedur atau prosidur. Sila lihat gambar yang dilampirkan. Jika berlaku kesalahan diminta pihak DBP untuk menegur pihak KTM. Sekian terima kasih. | Tiada gambar yang disertakan. Sila kemukakan aduan tuan berserta gambar melalui portal "Pantau Tegur Bahasa". | Lain-lain | 11.12.2015 |
Cuma saya ingin bertanya, di manakah saya boleh memperolehi makna/takrifan sesuatu perkataan dengan terperinci yang menerangkan hanya makna perkataan tersebut dengan tidak menambah unsur-unsur lain sebelum dan selepasnya. Sebagai contoh (takrifan saya sendiri): Makan = perlakuan memasukkan sesuatu ke dalam mulut.Saya masih baru dengan website DBP. Saya cari di sini http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=makantapi tidak jumpa. Harap dapat membantu. Terima kasih. | Untuk makluman, makna perkataan boleh diperoleh melalui laman web DBP www.prpm.dbp.gov.my atau merujuk kamus yang diterbitkan oleh DBP, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.10.2012 |
cuma nak kepastian. perkataan "untuk" boleh ke digunakan sebagai permulaan ayat?. 'dengan itu' boleh ke digunakan di permulaan ayat? | Kata "untuk" dan "dengan itu" boleh digunakan pada permulaan ayat dalam konteks ayat songsang, iaitu apabila susunan frasa predikat mendahului frasa subjek. Untuk keterangan lanjut, saudari boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 14.11.2006 |