Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ra] | چورا

Definisi : kelakar, seloroh, olok-olok; berbuat ~ berkelakar, bermain-main, berseloroh: kalau tuan buat ~, harus tuan tidak dapat balik ke negeri; bercura; tidak ~ tidak main-main, dgn sung­guh-sungguh, melakukan (menganggap) se­suatu dgn betul-betul (benar-benar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ra] | چورا

Definisi : Mn; bercura; ~-bura = bercura-cura mengeluarkan kata-kata keji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cura


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Padanan bagi mock cheque ialah cek cura. Bolehkah digunakan Anugerah Cura bagi replika amaun sumbangan anugerah yang bukan berbentuk cek tetapi hanya ada logo, pihak penyumbang dan amaun? Terima kasih.Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan penggunaan "sijil cura" bagi maksud di atas.Lain-lain28.07.2023
Assalam, Bagi replika cek bank DBP namakan sebagai cek cura. Apakah pula istilah untuk replika sumbangan yang bukan berbentuk cek bank? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah mock cheque ialah cek contoh atau cek cura. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan cura ditakrifkan sebagai olok-olok, manakala perkataan replika pula ditakrifkan sebagai model sesuatu objek seperti bangunan, jentera, catan dan lain-lain yang hampir atau betul-betul menyerupai objek yang asli. Penggunaan perkataan cura atau replika ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks tersebut.Istilah11.09.2025

Kembali ke atas