Tuan, Antara berikut penggunaan kata manakah yang tepat? mencuri mendengar atau mencuri dengar. Contoh ayat: Ali mencuri mendengar perbualan kakak dan kawannya atau Ali mencuri dengar perbualan antara kakak dengan kawannya? | Perkataan yang betul ialah mencuri-curi yang bermaksud membuat sesuatu dengan tidak diketahui orang atau dengan diam-diam seperti mencuri-curi mendengar perbualan antara kakak dengan kawannya. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan? | 1. Segi tiga dan bilik mandi. 2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat. 3. Buah hati dan pukul curi. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
makna atau istilah yang betul berkaitan dengan perkataan "JENAYAH" | Merujuk Kamus Dewan, jenayah bermaksud perbuatan jahat (seperti mencuri, merompak, membunuh, dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang. | Makna | 15.06.2010 |
kes kecurian atau kes pencurian? apakah perbezaan antara kecurian dengan pencurian? sila beri cth, terima kasih. | Pencurian bermaksud perbuatan atau hal mencuri. Kecurian pula bermaksud kehilangan harta benda kerana kena curi. | Tatabahasa | 31.07.2013 |
Tuan, adakah "orang ramai kebingungan" semaksud "orang ramai berasa bingung"? "Kebingungan" perbuatan bangun kena buat yang berapitan ke-...-an kerana benda ayat dikenai sesuatu walaupun manusia. Maka "kebingungan" dalam frasa itu bermaksud orang ramai dikenai oleh rasa bingung, maka benda ayat "orang ramai" mengalamilah rasa bingung, berasa bingung, itulah sebabnya kebingungan = berasa bingung! Jadi, untuk maksud "berasa gembira", bolehlah saya bina ayat seperti: (1) Saya kegembiraan oleh melihat dua orang itu berbaik semula. "Saya" benda ayat yang seakan-akan penyambut, iaitu benda yang dikenai perbuatan, maka ke-...-an yang menandai bangun kena buat itu digunakan. Saya kegembiraan = saya dikenai oleh rasa gembira = saya mengalami rasa gembira = saya berasa gembira. Ini keadaan ke-...-an + sifat (gembira, bingung). Ayat ini seperti: (2) Saya kecurian (ke-...-an + perbuatan "curi") pen = "saya" benda ayat yang dikenai, iaitu dikenai perbuatan "curi" dan "pen" penerang kepada perbuatan "kecurian", iaitu menerangkan benda yang dicuri. Jadi, adakah kebingungan = dikenai oleh rasa bingung = berasa bingung; "kesedihan" = ditimpa rasa sedih = berasa sedih? | Perkataan kegembiraan tidak boleh digunakan pada ayat yang sama seperti "orang ramai kegembiraan". Tetapi boleh ditulis "Dia menjerit kegembiraan" | Tatabahasa | 23.12.2016 |