Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. tradition of a society, adat (resam): local ~s, adat resam tempatan; to study the manners and ~s of the aboriginal people, mengkaji adab sopan dan adat resam orang-orang asli; 2. habitual practice, kebiasaan, kelaziman: it is the ~ in our family to celebrate birthdays and anniversaries, sudah menjadi kelaziman dlm keluarga kami merayakan hari lahir dan hari ulang tahun; 3. patronage, langganan: she withdrew her ~ and shopped elsewhere, dia menarik balik langganannya dan membeli di tempat lain. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata custom


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu perkataan yang sesuai untuk 'Custom'? Contoh - Custom Size Shape. Merujuk kepada data kami terdapat banyak makna bagi perkataan "CUSTOM". Antaranya ialah adat, langganan, borong tempah dan lain-lain mengikut bidang istilah masing-masing yang besesuaian. Sila kemukakan cadangan terjemahan dan konsep penggunaan frasa tersebut. Puan, DBP telah menyediakan Enjin Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP untuk memudahkan puan mencari maklumat yang diperlukan.  PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya.Makna11.12.2018
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dies&d=139128&#LIHATSINI dies1 ~ hard, (of custom, belief, etc) sukar ditinggalkan: old habits ~ hard, sst yg menjadi kebiasaan sukar ditinggalkan; ~ in o’s bed, mati kumlah; ~ in /harness, o’s boots/, meninggal semasa masih bekerja: he refused to retire and later ~d in his boots, dia enggan bersara dan kemudiannya meninggal semasa masih bekerja; ~ in the last ditch, berjuang mati-matian; ~ laughing, (exaggeration) /ketawa, gelak/ setengah mati; /could have, nearly / ~d, (colloq) rasa macam nak mati: when he read out my letter in front of the class, I nearly ~d, apabila dia membaca surat saya di hadapan kelas, saya rasa macam nak mati; never say ~, jangan berputus asa; be dying of, sangat: I am dying of hunger, saya sangat lapar; be dying /for, to do/ st, teringin sangat hendak + approp v: he’s dying for a cigarette, dia teringin sangat hendak merokok; (Tatabahasa di sini adalah salah.)Soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang jelas, ringkas dan mudah difahami.Lain-lain23.04.2020
Salam Sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin meminta pendapat pihak tuan/puan mengenai istilah aahasa Melayu yang paling sesuai digunakan sebagai terjemahan untuk yang berikut: 1. Automated Powertrain Completion Line 2. Custom Powertrain Completion Line 3. Electromeric Flexible Powertrain Completion Line Sekian, terima kasih.Tidak ada terjemahan perkataan yang tersebut dalam pangkalan data kami. Sila cadangkan terjemahan bagi setiap ayat tersebut berserta dengan konteks penggunaannya kerana penterjemah lazimnya lebih mengetahui konsep terjemahan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran dan kami akan menyemak kesesuaian penggunaan perkataan tersebut dalam terjemahan.Penyemakan dan penterjemahan08.12.2015
Jabatan Kastam Di raja Malaysia mempunyai salah satu cawangan yang dinamakan Cawangan Penjenisan. Cawangan Penjenisan berperanan dalam menentukan kod tarif yang tertentu bagi sesuatu barangan. Kod tarif adalah “harmonized Commodity Description & Coding System, commonly known as HS Codes and ASEAN Harmonized Tariff Nomenclature (AHTN) were created for international use by the Custom Department to classify commodities when they are being declared at the custom frontiers by exporters and importers”. Untuk makluman, cawangan penjenisan lebih dikenali sebagai “classification unit/department” di negara-negara luar. Oleh yang demikian, JKDM berhasrat untuk menukar nama Cawangan Penjenisan kepada Cawangan Klasifikasi. Mohon khidmat nasihat pihak tuan tentang makna perbezaan “penjenisan” dan “klasifikasi” serta perkataan mana yang lebih tepat untuk menggambarkan bidang tugas cawangan tersebut.Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, penjenisan bermaksud perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menjeniskan, pembahagian kepada beberapa jenis. Klasifikasi pula bermaksud hal atau hasil membahagi-bahagikan sesuatu kepada beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu; pengelasan. Istilah  bahasa Melayu untuk "classification" ialah pengelasan atau klasifikasi. Berdasarkan penerangan di atas, "classification unit/department" boleh diterjemahkan kepada Unit Klasifikasi,  Bahagian Klasifikasi. Unit Pengelasan atau Bahagian Pengelasan.Istilah16.02.2017
Saya menghadapi masalah dengan terjemahan WALK -IN SHOWER. Adakah menggunakan BILIK MANDI PANCURAN LUAR terjemahan yang tepat atau PANCURAN KHAS ? Saya percaya Pancuran Khas adalah lebih tepat, minta bantuan pihak Tuan merujuk ayat-ayat di bawah: 1. Complete with double King size bed, walk-in shower and separate bath as well as those all important extra Mal ingredients. 2. Every suite at Hotel Skyler in Syracuse has a private bedroom, safe, iron/ironing board, iHome clock radio, walk-in shower, flat-panel TV, HDTV, and free high-speed wired and wireless internet. All suites also have a refrigerator and desk, and all are smoke-free. 3. If you want to build a custom walk-in shower with curved walls, for example, you will use a custom-floated concrete shower pan. Terima kasih.Untuk makluman puan, dalam data kami tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Walk In Shower". Berdasarkan carian kami, perkataan "walk in shower" boleh diterjemahkan kepada "pancuran mudah alih".Istilah17.10.2013

Kembali ke atas