Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata customise


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi perkataan bahasa Inggeris 'customise'? Ini adalah bagi sebuah butang tetapan di sebuah program komputer, untuk meng'customise'kan antaramuka program tersebut. Terima kasih.Untuk makluman, dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan, "Customise atau customize" bermaksud membuat mengikut tempahan atau pesanan. Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk "customized" ialah tersuai. Contoh: customized software - perisian tersuai.Makna13.02.2020
Apakah terjemahan yang paling bersesuain untuk perkataan 'customise talent management', 'work-life balance', botom-up approach' dan 'front-end and back-end processes' Terima kasihPertanyaan yang dikemukakan tidak pula menyatakan penggunaan khusus istilah tersebut dalam bidang tertentu. Maka cadangan kami:
1. Membina Pengurusan Bakat
2. Keseimbangan Budaya Kerja
3. Kaedah Bawah-Atas
4. Proses Bahagian Depan dan Belakang atau Proses Pemisahan Lapisan Depan dan Belakang
Penyemakan dan penterjemahan28.04.2015

Kembali ke atas