"Selamat Hari Raya! Saya ingin bertanya : 1. cuti semester atau Cuti Semester? 2. cuti pertengahan penggal atau Cuti Pertengahan Penggal?" | 1. cuti semester 2. cuti pertengahan penggal | Ejaan | 19.08.2013 |
Minggu depan Tempat duduk Tukang masak Cuti sakit Cuti kecemasan Piala Dunia YouTube Pekerja asing Semua ini boleh jadi kata majmuk tak | Minggu depan, Tempat duduk, Tukang masak, Cuti sakit, Cuti kecemasan, Piala Dunia dan Pekerja asing kata majmuk kecuali Youtube merupakan kata nama khas. | Tatabahasa | 07.08.2018 |
Cuti ihsan atau cuti ehsan | Frasa yang betul ialah cuti ihsan. | Ejaan | 09.03.2016 |
Apakah istilah yang betul untuk situasi ini: Syarikat saya ingin memberi cuti kepada kakitangan sempena Tahun Baru yang akan datang. Adakah saya perlu gunakan CUTI EHSAN atau CUTI IKHSAN. Terima kasih | Ejaan/perkataan yang betul ialah ihsan, Cuti Ihsan. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Saya kurang pasti untuk menulis ayat berikut. Adakah saya tulis ini adalah betul seperti berikut: 1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja. 2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama empat belas (14) hari. 3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja. 4. Diluluskan cuti separuh gaji selama sepuluh (10) hari. | Dalam penulisan teks, nombor satu hingga Sembilan dieja penuh dan nombor 10 ke atas ditulis nombor. Ayat yang betul ialah: 1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja. 2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama 14 hari. 3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja. 4. Diluluskan cuti separuh gaji selama 10 hari. Nombor satu hingga Sembilan boleh dieja penuh dan di ikuti dengan nombor dalam kurungan. | Tatabahasa | 02.04.2014 |
Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengkaji Perintah Am Bab C Tahun 1974 berkaitan kemudahan cuti kepada Pegawai Perkhidmatan Awam. Soalannya, adakah istilah Cuti Tanpa Rekod yang digunakan secara meluas kini adalah tepat sebagai kata nama khas kepada kemudahan cuti yang tidak direkodkan atau penggunaan istilah Cuti Tidak Berekod lebih tepat seperti yang digunakan pada 1974 dahulu? | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat: tanpa bermaksud - dgn tiada..., tidak dgn..., tidak ber- ...: ia berjalan terus ~ melihat ke kiri ke kanan lagi. Oleh itu, dari segi penggunaan bahasa, istilah Cuti Tanpa Rekod dan istilah Cuti Tidak Berekod adalah sama maksud dan kedua-duanya boleh digunakan. | Istilah | 16.08.2018 |
Bagaimana susunan ayat melapor diri dari cuti tanpa gaji atau melapor diri daripada cuti tanpa gaji | Ayat yang betul ialah, melapor diri daripada cuti tanpa gaji. | Tatabahasa | 22.03.2014 |
Salam sejahtera. Ayat manakah yang betul atau kedua-dua ayat betul? Ayat (1): Pada cuti sekolah yang lalu, kami bercuti di kampung. Ayat (2): Pada cuti sekolah yang lalu, kami bercuti ke kampung. | Ayat yang betul ialah Pada cuti sekolah yang lalu, kami bercuti di kampung. | Tatabahasa | 10.10.2016 |
Saya ingin bertanya sususan ayat di bawah yang mana satu betul: Beliau memohon cuti tanpa gaji adalah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London. atau Beliau memohon cuti tanpa gaji ialah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London. | Ayat yang betul ialah "Beliau memohon cuti tanpa gaji adalah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London".
| Tatabahasa | 23.03.2014 |
Salam sejahtera. Ayat 1: Hari ini ialah hari cuti. Ayat 2: Hari ini hari cuti. Adakah kedua-dua ayat betul? Kata pemeri adalah opsyenal dalam ayat? Terima kasih. | Menurut buku Tatabahasa Dewan, penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 26.08.2013 |