Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muham­mad SAW, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hari kelepasan umum bagi seluruh negara, spt Hari Raya Puasa, hari Krismas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuti am


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
eve public holidaymenjelang cuti amLain-lain21.05.2007
Adzreena Azmi pada 16hb Jun jam 10.59 pagi Saya telah membuat permohonan melalui talian untuk iklan, caj RM10 telah dibayar. Berapa lama kelulusan akan dikeluarkan?Kelulusan akan dibuat dalam 3 hari bekerja tidak termasuk hari minggu dan cuti am.Lain-lain16.06.2017
Tuan, saya ingin bertanya: bercuti adakah bermaksud mesti bermalam di tempat percutian tersebut? kalau saya bercuti di melaka, pagi pergi malam balik. adakah ini juga dimaksudkan "bercuti"? Harap tuan dapat bantu saya dalam perkataan ini. ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bercuti bermaksud 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain), berlibur. Sehubungan dengan itu, perkataan bercuti sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Makna24.03.2021
Terima kasih atas respon di pihak DBP. Ikut pemahaman saya terhadap jawapan tuan, bercuti boleh diguna pakai walaupun berlibur dalam tempoh sehari. Ada pendapat yang menyatakan bahawa bercuti harus digunakan sekiranya ada aktiviti bermalam. Sekira tak bermalam, ianya dikategorikan sebagai melawat. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Melawat bermaksud 1. pergi mengunjungi (negara asing dan lain-lain); 2. menziarahi jenazah. Manakala bercuti bermaksud 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain), berlibur.

Sehubungan dengan itu, bercuti dan melawat boleh digunakan walaupun dalam tempoh setengah hari atau lebih.

Makna31.03.2021
Salam sejahtera. Mengapakah kita gunakan kata sendi nama "daripada" dalam frasa "pulang daripada bercuti"?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud daripada ialah:
1.Kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda
2 Kata sendi nama untuk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih
3 Kata sendi nama yang menyatakan maksud mencegah
4 Kata sendi nama yang menunjukkan orang yg memberi
5 Kata sendi nama yang menunjukkan perubahan
6 Kata sendi nama yang menghubungkan sebahagian dengan keseluruhan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud bercuti ialah:
1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur;
2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain)

Maka ayat yang betul ialah pulang daripada bercuti

Penggunaan dari yang betul hanyalah untuk menyatakan arah, tempat dan masa sahaja.
Tatabahasa03.07.2019
Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengkaji Perintah Am Bab C Tahun 1974 berkaitan kemudahan cuti kepada Pegawai Perkhidmatan Awam. Soalannya, adakah istilah Cuti Tanpa Rekod yang digunakan secara meluas kini adalah tepat sebagai kata nama khas kepada kemudahan cuti yang tidak direkodkan atau penggunaan istilah Cuti Tidak Berekod lebih tepat seperti yang digunakan pada 1974 dahulu?Menurut Kamus Dewan Edisi keempat: tanpa bermaksud - dgn tiada..., tidak dgn..., tidak ber- ...: ia berjalan terus ~ melihat ke kiri ke kanan lagi. Oleh itu, dari segi penggunaan bahasa, istilah Cuti Tanpa Rekod dan istilah Cuti Tidak Berekod adalah sama maksud dan kedua-duanya boleh digunakan.Istilah16.08.2018
Apakah perbezaan antara hari kelepasan am dan hari pelepasan am. Apakah perbezaan dan penggunaannya?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kelepasan" membawa maksud keadaan lepas (bebas); kebebasan; waktu rehat atau hari cuti, manakala "pelepasan" pula bermaksud  perbuatan atau hal melepaskan; perihal dikecualikan daripada sesuatu (cukai dan lain-lain). Oleh itu berdasarkan keterangan tersebut, cadangan penggunaan yang betul ialah "kelepasan am".
Makna01.02.2022
Hairi Jamil Assalamualaikum... Saya nak bertanyakan soalan Bagaimanakah cara dan prosedur untuk memohon penggunaan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Dan dengan siapa kami perlu berhubung untuk tempahan Terima kasihWaálaikummussalam.... Penggunaan Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka adalah di bawah kendalian Bahagian Pentadbiran Am. Sebarang permohonan sewaan hendaklah dibuat secara bertulis dan dialamatkan kepada Ketua Bahagian Pentadbiran Am, Aras 14, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50640 Kuala Lumpur. 2. Maklumat yang perlu dimasukkan dalam surat permohonan adalah: i) Nama Majlis ii) Waktu Penggunaan iii) Senarai Keperluan Peralatan semasa majlis berlangsung 3. Berikut kadar Sewaan bagi Auditorium DBP: Deposit penyewaan : RM500.00 Untuk Tempoh setiap jam : I) Hari Bekerja = RM500.00 ii) Hari Cuti Umum = RM 625.00 Pakej penggunaan 8 jam : I) Hari bekerja = RM4,000.00 ii) Hari Cuti Umum = RM5,000.00 Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di talian 03-21479708. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "BAHASA JIWA BANGSA" Saya yang menurut perintah, (ZAWIYAH BINTI ABD KARIM) Penolong Pegawai Tadbir (N27) Bahagian Pentadbiran Am, Dewan Bahasa dan Pustaka. b.p. Ketua Bahagian Pentadbiran Am.Lain-lain29.05.2014

Kembali ke atas