Minggu depan Tempat duduk Tukang masak Cuti sakit Cuti kecemasan Piala Dunia YouTube Pekerja asing Semua ini boleh jadi kata majmuk tak | Minggu depan, Tempat duduk, Tukang masak, Cuti sakit, Cuti kecemasan, Piala Dunia dan Pekerja asing kata majmuk kecuali Youtube merupakan kata nama khas. | Tatabahasa | 07.08.2018 |
Salam sejahtera 1) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk menyimpan di dalam fail. 2) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail. 3) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk saya menyimpan di dalam fail. 4) Sebuah helikopter sedang berlalu di atas rumah saya. 5) Saya membawa murid-murid saya untuk mereka menyertai pertandingan ini. 6) Dalam berapa lamakah puan boleh menyiapkan kerja-kerja pemasakan pesanan saya. 7) Dimanakah tempat pencucian tangan? 8) Semua kedai buka atau terbuka pada hari Ahad. 9) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan luka. 10)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan pembalut luka. Adakah ayat-ayat di atas betul? | Ayat yang betul ialah "Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail" | Tatabahasa | 08.01.2022 |
Saya memerlukan salinan sijil cuti sakit untuk menyimpankannya di dalam fail. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah: Saya memerlukan salinan sijil cuti sakit untuk simpanan di dalam fail. | Tatabahasa | 09.05.2023 |
Saya mahu salinan cuti sakit saya untuk menyimpan ke dalam fail saya. Ayat ini betul ke? | Cadangan ayat yang betul ialah "Saya mahu salinan cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail saya". | Tatabahasa | 20.02.2023 |
Saya sedang bercuti sakit. Saya berada dalam cuti sakit Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah Saya sedang cuti sakit. | Tatabahasa | 29.07.2022 |
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon khidmat nasihat tuan / puan, yang manakah penggunaan ayat yang tepat: 1. Borang Akuan Sijil Cuti Sakit; atau 2. Borang Perakuan Sijil Cuti Sakit. Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam, Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud akuan ialah segala sesuatu yang diakui manakala perakuan bermaksud hasil atau hal memperakukan. Maka ayat yang betul ialah Borang Perakuan Sijil Cuti Sakit | Tatabahasa | 21.02.2019 |
Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail. Saya akan menyimpan salinan MC di dalam fail.Mengapa "disimpan" perlu saya gunakan? saya bukan pelaku ketiga. | Penggunaan kata kerja pasif “disimpan” dalam ayat tersebut merujuk salinan sijil cuti sakit sebagai objek, bukan merujuk perkataan “saya” yang berfungsi sebagai pelaku orang pertama. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai. | Tatabahasa | 06.05.2023 |
Saya perlukan salinan sijil cuti sakit untuk disimpan di dalam fail. Saya akan menyimpan salinan MC ke dalam fail.Mengapa "disimpan" perlu saya gunakan? saya bukan pelaku ketiga. | Penggunaan kata kerja pasif “disimpan” dalam ayat tersebut merujuk salinan sijil cuti sakit sebagai objek, bukan merujuk perkataan “saya” yang berfungsi sebagai pelaku orang pertama. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai. | Tatabahasa | 12.04.2023 |
Saya mahu cuti sakit pada hari ini dan esok. Ayat ini betul ke? | Ayat ini betul. | Lain-lain | 16.06.2022 |
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon pandangan tuan / puan, apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk "Acknowledge" sijil cuti sakit? Adakah "Diperakukan"? Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terim kasih. | Waalaikumussalam, Menurut Kamus Bahasa Inggeris maksud acknowledge ialah memberitahu, memaklumi atau akuan. Maka terjemahan yang lebih sesuai ialah Akuan Sijil Cuti Sakit. | Makna | 21.02.2019 |