Boleh tuan terangkan makna atau maksud gabungan perkataan HABIB ULUNG? | Habib bermaksud orang yang dicintai; atau panggilan kepada orang yang dipercayai berketurunan Sayidina Ali dan Siti Fatimah; dan ulung bermaksud cekap, terbaik dab berpengalaman. Walau bagaimanapun tiada maklumat tentang maksud Habib Ulung. | Lain-lain | 05.11.2018 |
saya ingin menerbit satu buku berkenaan dengan penyakit prostat di kalangan lelaki berumur 50 ke atas. saya ingin memohon no ISDN dari dewan pustaka. | Pertama perlu saya betulkan tentang Nombor yang diminta iaitu Nombor ISBN iaitu International Serial Book Number dab bukannya ISDN. Nombor ini perlu didapatkan daripada pihak Perpustakaan Negara Malaysia yang menjaga ISBN untuk Malaysia. | Lain-lain | 20.10.2009 |
1. Berdasarkan penerangan tuan pada 1.5.2011, tiada istilah 'menjolok mata'; merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, m.s. 636, 'menjolok mata' bermaksud , (a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; (b) memberi malu, menyakitkan hati. Merujuk Kamus SDA, m.s. 285, 'mencolok mata' bermaksud (a) mencucuk mata; (b) tampak jelas, kelihatab jelas benar; (c) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Soalan saya: adakah penerangan ini bererti bahawa 'menjolok mata' dab 'mencolok mata' membawa maksud yang sama apabila digunakan dalam ayat berikut; 'Pakaian gadis itu sangat menjolok mata/mencolok mata ', bolehkah kedua-dua frasa ini diterima dan betul? Saya menemui dua contoh latihan membetulkan kesalahan bahasa dalam Akhbar Dalam Pembelajaran Utusan Malaysia yang bertarikh 24 Mac 2011 dan 19 Mei 2011 yang menyatakan frasa 'mencolok mata' harus dibetulkan dengan frasa 'menjolok mata' . Oleh itu, saya amat keliru. Sila jelaskan. Terima kasih. 2. Adakah benar istilah 'baru' yang diguna pakai sekarang ialah 'baharu' untuk frasa 'Tahun Baharu Cina, baju baharu, kereta baharu' manakala istilah 'baru' bermaksud 'belum berapa lama lagi' seperti dalam frasa 'baru dia sedar, baru balik dari sekolah'? Sila jelaskan. | 1. Frasa 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' kedua-duanya adalah betul. Antara maksud 'mencolok mata' termasuklah dikiaskan kepada menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan tentang pakaian, kelakuan dan sebagainya. Dan lazimnya kita menggunakan maksud kiasan 'mencolok mata' apabila merujuk keadaan yang berkenaan. 2. Perkataan baru dan baharu kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun dalam penggunaan harian apabila kita menterjemahkan kata 'new' ke dalam bahasa Melayu perkataan yang digunakan ialah baru dan baharu seperti rumah baru, buku edisi baharu, kata 'just' pula diterjemahkan kepada baru sahaja seperti baru sebentar tadi. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Fan Room,Fan smoke,MSB Room,Consumer HT Room,Pump Room,AHU,MATv/Telephone,Mechanical,HT Riser Shaft,Telephone Room,Hose Reel,MDF Room,genset Room,Elec Room,Elec Riser Shaft M&E Room,Wet Riser Pump Room,Lift Motor Room,Press Fan Room,Store,SESB Switching Room,Water Pump Room,SDF Room,Chiller Plant Room,Garbage Room,S&W Riser Shaft,Central Refuse Handling Room,SESB Matering Panel Room,Pressurization Duct,Matering Room,Air-Cond Genset Room,Green Room,Props Room,Projector Room,Function Room Store,Projector Control Room. | Bilik Kipas,Asap Kipas,Bilik Papan Suis utama,Bilik Voltan Tinggi Pengguna,Bilik Pam,Bilik Unit pengelolaan Udara,Televisyen,Bilik Mekanikal,Aci Penaik Voltan Tinggi,Bilik Telefon,Gelung Hos,Bilik Kerangka Agihan Utama,Billik Janakuasa,Bilik Elektrik,Aci Penaik Elektrik,Bilik Mekanikal dan Elektrik,Bilik Pam Penaik Basah,Bilik Motor Lif,Bilik Kipas Tekanan,Stor,Bilik Pensuisan SESB,Bilik Pam Air,Bilik Kerangka Agihan Pelanggan,Bilik Loji Pendingin,Bilik Sampah,Aci Penaik Kumbah dab Sisa,Bilik Pengendalian Sampah Pusat,Bilik Panel Meter SESB,Saluran Tekanan,Bilik Meter,Bilik Janakuasa Penyaman Udara,Bilik Nanti Giliran,Bilik Alatan,Bilik Projektor,Stor Fungsi,Bilik Kawalan Projektor. | Istilah | 28.04.2011 |