Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.da] | دادا

Definisi : 1. bahagian tubuh yg di hadapan terletak di antara perut dgn leher; 2. = buah ~ susu (tetek) perempuan; 3. = rongga ~ ruang dada yg mengandungi jantung dan paru-paru; mem­busungkan ~ ki membanggakan diri, mem­per­lihatkan lagak sombong; 4. bahagian yg bertentangan dgn tulang belakang buku; ~ akhbar halaman hadapan akhbar; ~ ayam = ~ burung dada yg bergembung ke atas; ~ bidang dada yg lebar; ~ lapang ki sabar, tidak pemarah; ~ lega ki senang hati; (dgn) ~ terbuka (dgn) rela, (dgn) ikhlas; ~ manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga; belah ~ lihatlah hati prb berkata dgn benar; seluas ~ tuma prb terlalu sempit; tepuk ~ tanya selera prb berfikir dahulu sebelum membuat keputus­an; tiba di ~ dibusungkan, tiba di perut di­kempiskan prb perlakuan yg tidak adil; berdada mempunyai dada yg penuh (berisi); berdada-dadaan berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang; mendada 1. = berjalan ~ berjalan dgn mem­busungkan dada, berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis) dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran) se­orang lawan seorang; dadaan bahagian badan sebelah perut (ha­dapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : ; ~ ruan sj tumbuhan (pokok), petaling air, Homalium frustescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : bahagian tubuh yg di hadapan di antara perut dgn leher: ~nya bidang. mendada 1 berjalan dgn membusungkan dada: Jalannya ~ saja, tidak memandang ke kiri atau ke kanan. 2 menahan (menangkis) bola dsb dgn dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dada

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belah dada lihatlah hati.

Bermaksud :

Berkata benar.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul? dipaparkan DI dada-dada akhbar atau dipaparkan PADA dada-dada akhbar? Apa sebabnya?Mengikut rumus tatabahasa frasa pada dada-dada akhbar yang paling tepat, walau bagaimanpun frasa di dada-dada akhbar telah mantap penggunaannya dan banyak digunakan dalam penulisan. Oleh itu, kedua-dua frasa tersebut diterima.Tatabahasa06.08.2012
Telah merujuk dan menyemak Kamus Dewan tetapi tidak menemui kata rehlah / rihlah. Sedangkan kata ini terdapat dalam tulisan di dada-dada akhbar semasa. Mohon penjelasan. Terima kasih.Perkataan rihlah tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, perkataan ini berasal daripada bahasa Arab dan maksudnya ialah perjalanan, percutian, lawatan atau cara merehatkan minda melalui lawatan, senaman dan sebagainya.Makna26.04.2012
... Allah yang menghilangkan rasa takut di dalam dada para pejuang Islam dalam menghadapi musuh-musuh kaum Muslimin. di dalam dada / dalam dada Yang mana lebih sesuai dan tepatAyat yang lebih tepat ialah: Allah yang menghilangkan rasa takut dalam dada para pejuang Islam dalam menghadapi musuh-musuh kaum Muslimin.Tatabahasa12.11.2014
Apakah maksud "dada bidang awak"?Merujuk kamus Dewan "dada bidang" merujuk kepada dada yang lebar seseorangMakna22.06.2018
Bahagian dada wau melambangkan "nusaratang" iaitu, merangkumi Semenanjung Indonesia, Thailand dan Burma. Adakah betul cara penggunaan tanda petik tersebut?Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusaratang" adalah betul.Ejaan04.03.2020
assalamualaikum, saya naim shauqi bin mohd noor ingin bertanyakan penggunaan ayat dalam peribahasa melayu yang manakah yang betul digunakan? "membuka pekung di dada" atau "membuka bekung di dada" harap pihak tuan/puan dapat memberi respon pada pertanyaan ini secepat mungkin, terima kasih.

Encik Naim,

Yang betul ialah membuka pekung di dada.

Lain-lain29.12.2010
bolehkah saya dapatkan semakan terjemahan yang betul untuk senarai dibawah:- -Chicken Drumstick : Ayam drumstik -Chicken Thigh : Ayam Thigh -Chicken Wings : Kepak Ayam -Chicken Keel : Ayam Dada bawah -Chicken Rib : Tulang Rusuk Ayam -Chicken Fillet : Fillet Ayam -Chicken Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Tulang -Skinless Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Chicken Neck : Leher Ayam -Chicken Gizzard : Hempedal Ayam -Chicken Liver : Hati Ayam -Chicken Feet ; Kaki Ayam -Chicken Bishop Nose : Tongkeng Ayam -Chicken Broken Wings : Kepak Ayam patah? -Chicken Drummet ; Drummet Ayam -Chicken Mid Joint Wing : Kepak Tengah Ayam -Chicken Whole Leg : Seluruh Kaki Ayam -BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ1. Chicken Drumstick - Drumstick Ayam 
2. Chicken Thigh - Paha Ayam 
3. Chicken Wings - Kepak Ayam
4. Chicken Keel - Dada bawah Ayam 
5. Chicken Rib - Tulang Rusuk Ayam
6. Chicken Fillet - Filet Ayam
7. Chicken Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Tulang
8. Chicken Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Tulang
9. Chicken Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Tulang
10. Skinless Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Kulit dan Tulang
11. Skinless Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Kulit dan Tulang
12. Skinless Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Kulit dan Tulang
13. Chicken Neck - Leher Ayam
14. Chicken Gizzard - Hempedal Ayam
15. Chicken Liver - Hati Ayam
16. Chicken Feet - Kaki Ayam
17. Chicken Bishop Nose - Tongkeng Ayam
18. Chicken Broken Wings - Kepak Ayam Patah
19. Chicken Drummet - Drumet Ayam
20. Chicken Mid Joint Wing - Kepak Tengah Ayam
21. Chicken Whole Leg - Sepaha Penuh Ayam
22. BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ
Penyemakan dan penterjemahan13.06.2015
Tuan, adakah mengukur baju di badan sendiri fungsi ataupun maksud Samadengan tepuk dada tanyalah selera?1. Mengukur baju di badan sendiri - bermaksud "menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri".(Peribahasa lain yang sama makna ialah Mengenakan baju di badan maka sesuai")
2. Tepuk dada tanya selera - bermaksud "Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri"
*Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain-lain12.05.2015
apakah maksud 'mendabik dada''? terima kasih.

Sdr., DBP telah menyediakan Perkhidmatan Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP untuk memudahkan sdr. mencari maklumat yang diperlukan.  PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Hasil carian menggunakan PRPM menunjukkan banyak maklumat tentang maksud "mendabik dada".

Lain-lain18.04.2010
1. Ibu dan ayah (besar hati / lapang dada) apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini. 2. Mak Limah sedang (memercikkan) air mawar (pada) pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin. 3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat (oleh) kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu. 4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci (punca) merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang. 5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). 6. A Pak Mat memagarkan di sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. B Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (Salah) C Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Adakah A dan C juga betul? Bagaimanakah pula bentuk ayat jika kata memagari digunakan? 7. Polis itu berjaya (memerangkap) penyeluk saku yang sedang (berkeliaran) di kawasan perhentian bas itu. 8. Raju (masih sedang) membaiki basikalnya yang (rosak) itu (sehingga) (terlupa untuk) makan tengah hari. 9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. 10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas.1. Ibu dan ayah besar hati apabila mendapat tahu bahawa anak bongsunya telah menjuarai kejohanan catur terbuka peringkat negeri baru-baru ini.
2. Mak Limah sedang memercikkan air mawar kepada pasangan raja sehari itu sebaik-baik mereka bersanding di atas pelamin.
3. Pelajar-pelajar sekolah itu tercegat oleh kepetahan salah seorang peserta Program Pertukaran Pelajar berbangsa Jepun itu berbahasa Melayu.
4. Pegawai kesihatan itu menerangkan dengan terperinci punca merebaknya wabak denggi kepada penduduk Taman Bukit Serdang.
5. Setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapi, fikirannya menjadi (kental). - Penggunaan kata kental tidak sesuai dalam ayat ini.  
6. (B) Pak Mat memagari sekeliling dusunnya dengan kawat berduri. (C) Pak Mat memagarkan kawat berduri di sekeliling dusunnya. Memagari bermaksud membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling) dan meagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar. 
7. Polis itu berjaya menangkap penyeluk saku yang sedang berkeliaran di kawasan perhentian bas itu.
8. Raju sedang membaiki basikalnya yang rosak itu sehingga terlupa makan tengah hari.
9. Syarikat itu tidak (memperakukan) laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. - Memperakukan tidak sesuai dari aspek semantik dalam ayat ini.
10. Arif didenda oleh Cikgu Hoh kerana tidak (sarat) menjalankan tugas. - Perkataan sarat tidak sesuai dalam ayat ini.
Untuk melihat adakah perkataan itu sesuai atau tidak dalam ayat, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my.
Tatabahasa14.05.2012
1234

Kembali ke atas