Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daf.tar] | دفتر

Definisi : susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, senarai: ~ buku; ~ istilah baru; ~ nama pengundi; ~ hitam senarai orang yg dianggap berbahaya (di­syaki jahat); berdaftar mempunyai daftar, termasuk (ter­catat) dlm daftar; surat ~ surat yg telah di­catatkan dlm daftar (utk layanan istimewa dlm urusan pengirimannya); mendaftar, mendaftarkan memasukkan (men­catatkan) dlm daftar, mengurus supaya ter­catat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; terdaftar sudah tercatat (tertulis) dlm daftar; pendaftaran perihal mendaftarkan, tin­dak­an atau urusan dsb mencatatkan (merakam­kan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kera­jaan; pejabat ~ pejabat tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb); pendaftar pegawai yg bertanggungjawab tentang (atau yg mengurus) pendaftaran, orang yg mendaftar(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daf.tar] | دفتر

Definisi : susunan nama, barang dll yg ditulis (dicatat) berturut-turut mengikut urutan angka atau abjad; senarai: Buku ~ kedatangan murid-murid ada di atas meja. ~ pustaka bibliografi. berdaftar 1 mempunyai daftar. 2 termasuk dlm daftar: Namanya sudah ~. mendaftarkan memasukkan atau mencatat (nama, barang dll) dlm daftar: Dia sudah ~ nama anaknya di sekolah itu. terdaftar sudah (telah) didaftarkan atau ditulis dlm daftar. pendaftaran perbuatan atau hal mendaftarkan: ~ bakal-bakal haji telah dijalankan. pendaftar 1 orang yg mendaftarkan. 2 orang yg kerjanya menjaga rekod atau daftar di universiti dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daftar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan "daftar" atau "pendaftaran"Daftar ialah susunan (nama, barang, dll) yg ditulis menurut urutan angka atau abjad, atau senarai, manakala pendaftaran ialah perihal memasukkan (mencatatkan) dlm daftarMakna02.09.2007
boleh saya dapat kan buku daftar kata terkini?

Puan Sarimah,

Buku daftar kata yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. Daftar kata ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, tingkat bawah, Menara DBP, KL atau di kedai buku yang terdapat di bandar raya  Kuala Lumpur.

Lain-lain28.12.2009
Tuan, yang manakah betul? pradaftar, pra daftar atau pra-daftar? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah pradaftar.Ejaan23.02.2012
1.Apakah maksud perkataan Dartaf InterimDaftar interim bermaksud daftar yang bersifat sementara.Makna04.02.2010
Menurut pembacaan saya, DBP telah menerbitkan sebanyak 122 Daftar Istilah dan 63 Kamus Istilah. Apakah perbezaan maksud antara Daftar Istilah dengan Kamus Istilah?. Terima Kasih atas maklum balas pihak tuan.Daftar istilah mengandungi istilah dan padanan istilah sahaja. Kamus istilah mengandungi istilah, padanan istilah dan huraian tentang istilah tersebut.

Contoh entri dalam daftar istilah:
network   -  rangkaian
multilink  -  multipautan

Contoh entri dalam kamus istilah:
rangkaian (Ig. network)
Koleksi dua atau lebih komputer dan alat berkaitan yang disambungkan bersama ke alat komunikasi. Setelah disambungkan, setiap bahagian rangkaian dapat berkongsi perkakasan, perisian, dan maklumat. Jenis rangkaian yang paling lazim ialah LAN dan WAN.
Istilah08.06.2012
Selamat sejahtera. Saya bercadang untuk menggunakan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi terbitan 2008 sebagai sumber untuk membina senarai kata konsonan-vokal-konsonan-vokal yang akan digunakan dalam ujian pendengaran. Sebelum itu, saya ingin bertanya tentang kriteria kemasukan perkataan dalam daftar kata tersebut. Adakah ia meliputi kata bahasa percakapan, dialek dan sebagainya? Sebahagian daripada perkataan dalam Daftar Kata tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan (edisi keempat). Terima kasihUntuk makluman saudara, entri yang terkandung dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu bersumberkan Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, Daftar Kata Bahasa Melayu juga turut memasukkan kata-kata tertentu daripada Daftar Ejaan Rumi yang disusun oleh Za'ba dan Malay English Dictionary susunan R.J. Wilkinson serta Kamus besar Bahasa Indonesia. Oleh itu, dalam hal penyusunan senarai kata yang saudara rancangkan, eloklah dielakkan penggunaan kata yang dilabel sebagai bp/bahasa percakapan dan BI/Bahasa Indonesia dalam entri sumber.Lain-lain10.10.2011
Penterjemahan dalam Bahasa Malaysia untuk perkataan roofing dan awning.Roofing bermaksud atap dan awning pula bermaksud sengkuap hias. Sila rujuk Daftar Istilah Kejuruteraan dan Daftar Istilah Alam Bina Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah27.03.2003
Dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan 1998 – 1999 perkataan parti dieja pa-alif-ra-ta-ya (ada alif). Dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2008) perkataan parti dieja pa-ra-ta-ya (alif dipecat). 1. Ejaan manakah yang betul? 2. Apakah dasar perubahan itu? Terima kasih.Seperti dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi ejaan suku kata tertutup ke atas tidak dilambangkan dengan huruf alif dalam suku kata tersebut seperti yang ada dalam ejaan parti. Huruf alif dalam suku kata tertutup ke atas lazimnya digunakan bagi membezakan dua perkataan yang berlainan. Contohnya dan (sempat) dieja dal nun, manakala dan (kata sendi nama) dieja dal alif nun.Ejaan14.04.2012
1. Adakah betul kalau saya sebut atau tulis "kamus istilah" bagi mewakili daftar istilah atau istilah? 2. Adakah istilah juga merupakan salah satu kamus?Kamus istilah ialah sejenis kamus yang mengandungi istlah berserta padanan dan takrifan atau keterangan tentang istilah tersebut dalam bahasa Melayu. Daftar istilah ialah daftar  berbentuk buku yang mengandungi istilah dengan padanan dalam bahasa Melayu sahaja.  Istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan s3esuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Istilah bukan salah satu kamus kerana istilahhanya  merupakan perkataan atau rangkai kata.    Lain-lain06.04.2008
Ejaan dalam Daftar Kata BM: sallallahualaihiwasallam. Dalam Kamus Dewan E4: Sallallahualaihiwasallam. Manakah yang betul? Singkatannya pula saw atau SAW?Sallallahualaihiwasallam ialah nama khas yang diambil daripada bahasa Arab, oleh itu ejaannya dimulakan dengan huruf besar dan kependekannya SAW.Tatabahasa25.08.2011
12345678910...

Kembali ke atas