Bagaimana penggunaan kata e- di pangkal ayat? Contoh, E-mel, E-Mel atau e-Mel? E-dagang, E-Dagang atau e-Dagang? E-waste, E-Waste atau e-Waste? | Ejaan e-mel, e-dagang, dan e-buangan/e-sisa pada pangkal ayat hendaklah ditulis menggunakan huruf besar bagi huruf pertama, seperti yang berikut: i. E-mel ii. E-dagang iii. E-buangan/E-sisa (E-waste) | Ejaan | 14.11.2024 |
Dagang | Pusat Perdagangan | Tatabahasa | 15.02.2007 |
Apakah perbezaan antara "dagang" dan "jual"? Adakah "sold and traded" boleh diterjemah kepada "dijual-beli"? | Jual lazimnya diterjemahkan daripada sale/sold, manakala dagang ialah terjemahan trade/commerce. Berdasarkan konteks penggunaan, kita boleh lihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan berkenaan. Jual digunakan dalam konteks yang lebih umum, manakala dagang dalam konteks yang lebih khusus dalam skala yang lebih besar. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.01.2020 |
Jika fungsi tugas hendak disediakan , adakah tugas tersebut mesti dimulakan dengan awalan 'me' misalnya, menetapkan, mengendalikan. Perkataan manakah yang betul untuk digunakan? Bahagian e-'Perdagangan' atau Bahagian e-'Dagang'. Bahagian ini berfungsi sebagai bahagian yang menguruskan/mengaudit perniagaan yang menjalankan e-dagang. | Fungsi tugas boleh dimulakan dengan kata kerja dengan imbuhan "me" atau kata nama juga bergantung pada konteks ayat. Bahagian yang mengendalikan perniagaan e-dagang, lebih sesuai dinamai Bahagian E-Dagang. | Tatabahasa | 10.02.2010 |
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis? | Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Bagaimana cara penulisan bagi perkataan seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi, adakah perlu dicondongkan? Selain itu, bagaimana kaedah penulisan bagi perkataan contohnya e-dagang yang berada pada awal ayat, adakah 'e-' ini perlu dibesarkan hurufnya atau dibiarkan menggunakan huruf kecil? | Facebook, Twitter dan Instagram ialah kata nama khas maka ejaannya tetap sama dan tidak perlu dicondongkan. Kaedah penulisan bagi perkataan contohnya e-dagang yang berada pada awal ayat perlu bermula dengan huruf besar (E-dagang) dan jika terletak pada tengah ayat maka dikekalkan ejaannya dengan penggunaan huruf kecil (e-dagang). | Ejaan | 28.07.2017 |
Merujuk kepada soalan saya sebelum ini, istilah "kart beli-belah" yang dimaksudkan adalah untuk kegunaan tapak web e-dagang. Saya tidak pasti sama ada ia boleh digunakan bagi terjemahan istilah Inggeris "shopping cart". Saya memilih untuk menggunakan perkataan "kart" kerana ia sangat sinonim dengan e-dagang berbanding perkataan alternatif iaitu "troli" dan "beg". Kegunaan lain adalah seperti berikut: kart beli-belah anda kosong (your shopping cart is empty), lihat kart (view cart). Harap dapat membantu. Terima kasih. | Encik Azmin, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "cart" dalam bahasa Inggeris mengikut rujukan yang ada ialah kereta sorong; kereta roda; kereta tolak dan juga kart. Oleh yang demikian padanan bahasa Melayunya bolehlah dipilih daripada beberapa padanan yang ada mengikut kesesuaian dan konteks penggunaan. | Istilah | 21.12.2010 |
Salam Sejahtera pihak DBP. Saya ingin bertanya, penggunaan 'e-' yang mewakili makna elektronik itu, adakah jika perkataan tersebut berada di awalan ayat, ia masih digunakan penggunaan abjad 'e' yang kecil? | Kaedah penulisan bagi perkataan e-dagang yang berada pada awal ayat perlu bermula dengan huruf besar (E-dagang) dan jika terletak pada tengah ayat maka dikekalkan ejaannya dengan penggunaan huruf kecil (e-dagang). | Ejaan | 26.11.2020 |
Assalamualaikum Tuan Uzair Sukacitalah kiranya jika saya dapat mengetahui status Panduan Asas E-Dagang seperti yang telah diserahkan kepada pihak tuan. Sehingga hari ini kami masih belum mendapat sebarang khabar mengenai perkara diatas. Perhatian dan kerjasama tuan amatlah kami hargai. Wasalam. Bil No Rujukan Tahun Terima Tarikh Daftar Judul Status Tarikh Status Terkini Penulis Maklumat Editor 1 452 2015 03/07/2015 PANDUAN ASAS E-DAGANG PEMBINAAN 03/07/2015 NUR ALIYAH BINTI AZIZI MOHD 'UDZAIR BIN DEPANAIK udzair@dbp.gov.my 03-21479741 Untuk makluman, saya adalah penulis bersama dengan Puan Nur Aliyah Azizi. Harpa maklum. Terima kasih | W'salam. Dengan hormatnya pertanyaan tuan dirujuk. Saya berikan nombor telefon En Uzair 03-2147 9741 bagi tuan berhubung terus dengannya bagi bertanyaakan tentang perkembangan mansukrip tuan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.10.2016 |
EXPATRIATE | PEGAWAI DAGANG | Istilah | 10.02.2011 |