| Salam, bagaimana sekiranya tagline kami adalah di dalam Bahasa Inggeris, contohnya "Lessons Beyond Classroom" | Cadangan kami slogan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau sediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun jika slogan tersebut dijadikan sebagai tanda dagangan (trademark) syarikat tuan, kami tiada halangan dalam penggunaannya. Namun apabila syarikat tuan (berserta slogan) diiklankan hendaklah ada keterangan iklan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 20.11.2012 |
| Hi DBP Team, Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk "Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)"? Perkataan ETF dalam Bahasa adalah "Dana Dagangan Bursa". Cuma saya tak pasti "inverse" itu apakah terjemahannya. Contoh ayat: "Inverse ETF is designed to provide return that is the opposite performance of an index" Jika Tuan perlu pemahaman yang lebih mendalam, boleh juga melihat educational video yang Bursa published on Youtube. Tajuk: Bursa Leverage & Inverse ETF (by Bursa Marketplace, published on 7 Feb 2019) Look forward to your reply, terima kasih ya. | | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “inverse” yang dipadankan sebagai songsang (Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu). Cadangan kami bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)” ialah Dana Dagangan Bursa Songsang. |
| Istilah | 15.05.2019 |
| Salam, Komersialisasi dan Pengkomersialan 1. Adakah kedua-dua perkataan di atas diterima pakai buat masa ini? 2. Harap jelas penggolongan kata bagi perkataan-perkataan di atas. 3. Harap beri contoh frasa-frasa pendek bagi membezakan pembinaan ayat untuk perkataan-perkataan tersebut. Ribuan TK. | Perkataan komersialisasi dan pengkomersialan ialah padanan commercialization dalam bahasa Melayu. Dalam penggunaannya dalam bahasa Melayu komersialisasi bermaksud proses atau perbuatan menjadikan sesuatu mempunyai sifat perdagangan, manakala pengkomersialan ialah perihal mengkomersialkan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai barang dagangan. Contoh ayat: Perubahan struktural ini nantinya akan selari dengan proses komersialisasi sektor pertanian dan Pengkomersialan filem Hang Tuah telah mencetuskan kritikan. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
| MAKSUD 'PANGKALAN' , MAKSUD 'PANGKALAN UDARA' , ADAKAH 'PANGKALAN UDARA' BOLEH DIGUNAKAN SELAIN DARI TENTERA DI MANA DEFINISI 'AIR BASE' DALAM BAHASA INGGERIS HANYA EKSKLUSIF KEPADA PENEMPATAN TENTERA. JIKA DIBOLEHKAN PENGGUNAAN 'PANGKALAN', BAGAIMANA KEADAAH PENGGUNAAN SEBENAR PERKATAAN 'PANGKALAN'. SEBAGAI CONTOH 'PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG' ATAU 'PANGKALAN UDARA SUBANG JBPM' ATAU 'PANGKALAN UDARA BOMBA SUBANG' | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "pangkalan" ialah tempat perahu dan lain-lain berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dan lain-lain dikumpul (untuk diangkut dan lain-lain); 3. pelabuhan (lapangan terbang dan lain-lain) yang menjadi tempat untuk mengadakan latihan, melancarkan serangan dan sebagainya. Contoh penggunaannya: Pangkalan Data, Pangkalan Tentera Laut, Pangkalan Tentera Udara, Pangkalan Kapal Layar dan sebagainya. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan yang sesuai ialah PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG. | Makna | 19.07.2021 |
| Salam sejahtera! Bolehkah perkataan "volum" disamakan dengan maksud kelantangan bunyi/suara (volume)? Sekian, terima kasih! | Perkataan "volum" digunakan dalam bidang Ekonomi, Perniagaan atau Perakaunan yang membawa maksud banyak atau kuantiti sesuatu dagangan, manakala menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "volume" (berkaitan bunyi) bersinonim dengan "sound" dan tidak perlu diterjemahkan (loudness of sound, not translate). Namun, sekiranya perlu, kami mencadangkan perkataan ini diterjemahkan sebagai "bunyi kuat atau perlahan" bergantung pada konteks penggunaannya. | Makna | 02.01.2021 |
| Saya sedang menulis buku berkaitan natural farming. Apakah terjemahan yang paling cocok untuk natural farming? Adakah Pertanian Alami sebagaimana saudara kita, Indonesia terjemahkan? | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “natural farming”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah dalam bidang pertanian iaitu “natural planting” yang dipadankan sebagai tanam semula jadi dan “commercial farming” yang dipadankan sebagai pertanian dagangan. Oleh itu, cadangan kami bagi istilah “natural farming” ialah pertanian semula jadi. | Istilah | 09.10.2019 |
| Soalan saya, apakah istilah yang sesuai untuk "emission trading"? | Tuan, Untuk makluman, dalam pangkalan data DBP tidak terdapat padanan istilah bagi emission trading. Walau bagaimanapun, menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, emission dalam bidang ekonomi bermaksud sebaran kotoran. Sehubungan dengan itu, jika dilihat daripada konteks tersebut, kami mencadangkan dagangan sebaran kotoran sebagai padanan kepada emission trading. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.05.2019 |
| Hi DBP Team, saya ingin bertanya jika ada apa-apa updates mengenai pertanyaan saya sebelum ini iaitu berkenaan terjemahan 'Inverse ETF' pada 15/05/2019. Adakah pihak Tuan sedang berbincang atau bagaimana? Agak-agak bila ya saya boleh dapat jawapan? Terima Kasih & Selamat Berpuasa. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “inverse” yang dipadankan sebagai songsang (Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu). Cadangan kami bagi istilah “Inverse Exchange Traded Funds (ETFs)” ialah Dana Dagangan Bursa Songsang. | Istilah | 27.05.2019 |