Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daging ayam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
harga siling untuk daging ayam yang belum dibersihkan telah ditetapkan sebanyak RM5.00 sekilogram oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. kenapa kesalahan tatabahasa di atas adalah daging ayam?saya berpendapat kesalahan bahasa ialah siling?

Dalam ayat tersebut, daging ayam salah. Perkataan yang lebih sesuai dan betul ialah seekor ayam. Siling adalah betul dalam konteks penggunaan ayat tersebut yang bermaksud harga tertinggi. Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
Bolehkah tanda baca koma diletakkan sebelum kata hubung "dan" sebagaimana ayat yang berikut? Saya membeli ikan, daging ayam, dan sayur-sayuran di pasar pada pagi ini. Terima kasih. Salam hangat daripada, Tan Chin Lee

Sdr Tan,

Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum dan biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam,  sayur,   dan buah-buahan ...
 

Tatabahasa26.02.2009
nak tahu mengenai terminologi:- limau,belimbing dll = hasilan buah-buahan daging,ayam,kembing = ternakan kerepek ubi,pisang = ????? sila maklumkan pd saya.Soalan saudara tidak jelas. Aspek apakah yang saudara ingin tahu? sekiranya tentang makna saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain22.02.2008
Assalamualaikum, Saya keliru dengan penggunaan hukum D-M dalam nama makanan. Yang mana satukah yang benar? Rendang ayam atau ayam rendang? Kari ayam atau ayam kari? Ungkep ayam atau ayam ungkep? Ayam kicap atau kicap ayam? Saya selalu mendengar ayam rendang dan rendang ayam dan kedua-duanya membawa maksud sama, kari ayam, jarang mendengar ayam kari, ungkep ayam dan jarang sekali ayam ungkep dan ayam kicap dan tidak pernah terdengar pula kicap ayam. Diminta untuk jelaskan.Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Bagi nama menu,  kari, rendang  ialah unsur inti (nama masakan) manakala ayam, daging, kerang ialah unsur penerang (jenis masakan), maka nama menu yang terhasil ialah kari ayam, kari daging, rendang ayam, rendang daging, rendang kerang.  Bagi ayam goreng, ayam golek, ayam bakar, unsur inti ialah ayam (benda yang dimasak), manakala goreng, golek dan bakar ialah unsur penerang (cara masakan). Tatabahasa29.12.2017
Apakah maksud ayam pedaging?Adakah sama maksud dengan ayam daging? Yang manakah betul 1) Saya menternak ayam pedaging? 2) Saya menternak ayam daging?Ayam Pedaging ialah ayam yang dipelihara untuk menghasilkan daging. Tempoh pemeliharaannya lebih kurang enam minggu supaya berat badannya mencapai kira-kira 2 kg. Biasanya ayam ini terdiri daripada baka kacukan yang boleh memberi hasil pertumbuhan yang tinggi apabila diberi makanan yang diformulasi khusus.

Yang betul Ayam Pegaging.
Makna07.05.2015
Salam sejahtera saya ingin mendapatkan nasihat mengenai ayat ini : "Pembekal dan pemborong ayam, daging" kemusykilan saya ialah ayat tersebut seperti tergantung saya sertakan gambaran yang diperlukanLetakkan di bahagian atas sebelah kiri - PEMBEKAL DAN PEMBORONG AYAM DAN DAGING. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa16.06.2015
pengunaan tanda koma A) ayam,itik, dan kambing. B) ayam,itik dan kambing. yang mana betul?

Cik Shuit,

Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum dan biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam,  sayur,  dan buah-buahan ...

Sehubungan itu, yang betul ialah (a) ayam, itik dan kambing.

Nota: Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

 

Tatabahasa02.06.2009
Apakah situasi bagi kata hubung 'dan' yang dikehendaki didahului dengan tanda koma?Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) adalah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum "dan" biasanya  untuk unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan bukan daripada jenis yang sama atau kategori yang berbeza, contohnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan buah-buahan .... Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ejaan19.06.2012
Jika pemayur adalah padanan bagi istilah vegetarian, bagaimana pula pescatarian (hanya makan hasil laut seperti ikan, kerang-kerangan dan sayur-sayuran darat tanpa ayam/daging), pollotarian (mendapatkan sumber protein haiwan daripada ayam sahaja bukan daging atau ikan) dan vegan (seseorang yang tidak makan atau menggunakan apa - apa yang dihasilkan daripada haiwan misalnya belulang untuk kasut kulit dan sebagainya).Belum ada lagi padanan bagi perkataan pescatarian dan pollotarian. Dalam teks Bahasa Melayu kedua-dua perkataan ini dihuraikan berdasarkan konsep makna perkataan tersebut sepertimana vegan, huraiannya orang yang makan sayur dan buah-buahan sahaja.

Istilah13.03.2018
Bagaimanakah tanda koma (,) digunakan dalam ayat yang mempunyai kata hubung dan?Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan".  Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya:   Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. Penggunaan koma dalam 1a) betul. Penggunaan koma dalam 2a) juga betul kerana koma juga berfungsi mengapit aposisi "dan sebagainya", "dan yang lain" dan seumpamanya.Lain-lain29.09.2016
123

Kembali ke atas