dah makan belum? | Soalan anda tidak jelas. | Lain-lain | 24.05.2010 |
dah mohon pengesahan iklan, dbp dah sahkan permohonan diterima, sedang proses. masalahnya, bila nak siap proses/sahkan permohonan? lama tunggu dah ni...................................................................................................................................... | Sila hubungi kami ditalian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran ikalan untuk kami memproses permohonan tuan dengan kadar yang segera. | Lain-lain | 28.09.2015 |
DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. | Terima kasih atas keprihatinan puan. | Lain-lain | 23.06.2015 |
Nur Shafadila Gulam DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. | Terima kasih atas keprihatinan puan. | Lain-lain | 23.06.2015 |
Nur Shafadila Gulam DBP buat lawak lak ke?? Martabatkan bahasa melayu?? Di peringkat pentadbiran?? Aiyoo.. Mari tengok.. KKM dah jd MOH.. KPM dah jd MOE.. Tak yah pegi jauh ler, tengok sekeliling dh tau.. Martabat ke tidak bahasa melayu kita.. Lg satu, klo sy tengok penggunaan bahasa melayu yg ditaip utk buat laporan polis, lg berkecai.. Dbp patut dh lama sedar.. Lurrun Aidan UTC, RTC, MOF, MOA, MAGIC, MITI, MATRADE Info-tainment (binatang apa ni? Halal ke?) dan lain lain lain lain lagi..semuanya guna perkataan bahasa inggeris.. Encik KAi ... MinDef | Terima kasih atas keprihatinan puan. | Lain-lain | 22.06.2015 |
Saya dah berapa kali daftar masuk untuk dapatkan pengesahan bahasa untuk papan tanda kedai,hasil mengecewakan. Tiap kali buat permohonan,gagal. Selalu keluar page putih/error page. | Kami mohon maaf atas kesalahan teknikal tersebut. Sekiranya pihak tuan mempunyai masalah teknikal, sila hubungi Bahagian Sistem Maklumat di 03-21479387 atau 03-21479389 | Lain-lain | 16.02.2017 |
saya dah sumbit permohonan untuk restoran asam pedas claypot.. sekarang saya menunggu pengesahan dr dewan bahasa & pustaka.. tetapi saya ingin tahu betul cara saya .. boleh anda call saya di 011 21781054. | Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 18.10.2015 |
saya dah daftar permohonan tetapi permohonan saya tidak lulus ,jd saya nk mohon semula macam mana ? | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 28.04.2014 |
Saya dah beri cadangan istilah "Particle Swarm Optimization" kepada "Pengoptimuman Kerumunan Zarah". salah satu teknik pengoptimuman dalam bidang kejuruteraan. macam saya boleh tahu cadangan saya diterima atau terdapat pengubahsuaian dari pihak DBP??? kerana saya perlukannya dengan kadar segera. | Ketiga-tiga perkataan dalam istilah tersebut terdapat padanannya dalam rujukan istilah DBP. Walau bagaimanapun, ketepatan padanan istilah bergantung pada penyesuaiannya dengan makna sebenar istilah tersebut, bermaksud perlu dilihat dari segi konteks dan bidang istilah tersebut. Jika menepati konteks dan bidang, istilah tersebut boleh digunakan. | Istilah | 17.01.2012 |
saya dah cuba call dewan bahasa susah tak ada jawapan. soalan saya bagaimana saya hendak mendapatkan perkhidmatan penterjemahan dari BM ke BI. SIAPA PERLU SAUA RUJUK DAN NO SAMBUNGAN TEL. BERAPAKAH BAYARANYA. ITU SHAJA DAN tERIMA KASIH | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan seperti yang dinyatakan. Kami cadangkan saudara hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia di talian 03-21424381 (Puan Suzana) untuk mendapatkan khidmat yang diperlukan. | Lain-lain | 21.03.2011 |