Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.hi] | داهي

Definisi : 1. bahagian muka di antara kening dgn kaki rambut: ~nya berkerut; bulu ~ kening; ~nya kiliran taji ki dahinya licin; ~nya sehari bulan ki kaki rambutnya melengkung spt bulan sehari; 2. ki bahagian depan (sesuatu) yg boleh disifatkan sbg dahi; ~ layar kayu pd tiang utk menguatkan layar; biar ~ berluluk asal tanduk mengena prb biar bersusah payah asal maksud tercapai; siapa pun jadi raja, tangan aku ke ~ juga prb siapa pun yg berkuasa, aku tetap meng­hor­matinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.hi] | داهي

Definisi : bahagian muka di antara kening dgn kaki rambut: ~nya berkerut-kerut sewaktu berfikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahi

Puisi
 

Rambut ikal gulung di dahi,
     Khabar pulang bersarung gigi;
Rasa tak kekal diam di sini,
     Akhir pulang ke tempat sendiri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Arang di dahi (= di kening,
     di muka).

Bermaksud :

Mendapat malu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu betul; Bahan yang telah digentel tadi ditempel pada dahi. ATAU Bahan yang telah digentel tadi ditempel di dahi. Mohon nasihat.Bahan yang telah digentel tadi ditempel pada dahi.Tatabahasa10.10.2018
Jason berkerut dahi melihat belian isterinya. Betulkah susunan bahasa dalam ayat di atas?Ayat yang gramatis Jason berkerut dahi apabila melihat belian isterinya.Tatabahasa14.06.2012
Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada......pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar a)tepi b)bucu c)pangkal d)pangkalJawapannya agak mengelirukan, walau bagaimanapun jawapan yang lebih sesuai ialah Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada pangkal pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar.Tatabahasa11.09.2009
Saya tertarik dengan Tweet DBP tentang konsep kecantikan wanita dalam budaya Melayu, tetapi saya tidak tahu cara penggunaannya. Dahi (Sehari bulan), kening (awan ditulis), hidung (kuntum melur belum kembang), mata (bintang timur), telinga (telepuk kayu), dagu (lebah bergantung) dan jari (tombak serai). Bolehkah diberikan contoh ringkas penggunaannya dalam ayat dan mengapakah tidak saya jumpa istilah - istilah ini dalam Kamus Dewan?

Semua perkataan tersebut tergolong dalam perumpamaan. Perumpamaan bermaksud sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran).

Sebagai contoh, dahi sehari bulan bermaksud dahi yang elok bentuknya. (Contoh ayat: Kecantikan Aminah disebut-sebut anak teruna kampung bagai dahi sehari bulan.)
Sastera22.06.2018
Adakah konteks penggunaan 'mengernyitkan' dalam ayat berikut betul? "Bentakan itu mengernyitkan otot-otot kesedarannya."Perkataan kernyit membawa maksud berkerut dahi atau alis (sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat hlm. 764). Dalam konteks ayat contoh yang puan berikan itu, iaitu perkataan mengernyitkan, seharusnya ia bermaksud mengerutkan dahi atau alis tetapi apabila ia dikatakan "Bentakan itu mengernyitkan otot-otot kesedarannya", penggunaan perkataan itu sudah tidak menepati makna asalnya. Dalam ayat tersebut, perkataan mengejutkan mungkin lebih sesuai digunakan.Lain-lain03.08.2012
Assalamualaikum Tuan/Puan, ‘Headband’ yang melingkari dahi (rujukan seperti dalam gambar) dipanggil apa dalam BM? Adakah ‘cekak rambut’ sesuai digunakan?

Padanan bahasa Melayu untuk istilah  "headband " dalam bidang Kesenian ialah cekak kepala.

Istilah20.12.2022
maksu watak dan perwatakan

Secara umum, watak ialah sifat-sifat luaran yang digambarkan oleh pengarang seperti rambutnya yang ikal, dahi luas dan sebagainya. Perwatakan pula ialah sifat-sifat dalaman watak yang boleh dikesan atau digambarkan sama ada melalui percakapan dan tingkah laku watak atau watak lain seperti baik hati, pemarah dan sebagainya. 

Lain-lain14.09.2008
Salam sejahtera, Terima kasih atas jawapan tuan sebelum ini. Namun saya masih kurang pasti jika perkataan vermilion boleh digunakan untuk menunjukkan tanda merah di dahi orang Hindu. Contoh: Pemakaian vermilion melambangkan seseorang wanita itu sudah berkahwin. Adakah betul penggunaan seperti ini? Di sini saya lampirkan semula fail untuk pertanyaan saya yang seterusnya. Terima kasih atas perhatian pihak tuan.Puan dicadangkan untuk menggunakan perkataan tanda merah merona bagi merujuk maksud vermilion.Makna23.08.2014
Adakah frasa seperti "berkerut kusam" adakah gramatis?Frasa ‘berkerut kusam’ tidak gramatis kerana berkerut lazimnya dikaitkan dengan dahi manakala kusam dikaitkan dengan muka atau kulit.Tatabahasa15.06.2026
Wajahnya berkerut kusam. Adakah gramatis?

Ayat “Wajahnya berkerut kusam” tidak gramatis kerana berkerut lazimnya dikaitkan dengan dahi manakala kusam dikaitkan dengan muka atau kulit.

Lain-lain15.06.2026
12

Kembali ke atas