Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih. | Yang betul ialah David amat keberatan untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad terkejut "sangat" apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih. | Yang betul dan persis ialah David amat keberatan untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Kemarau panjang itu pun menyebabkan kebakaran yang dahsyat. Penggunaan "pun" dalam ayat di atas betul atau salah? Terima kasih. | Ayat yang diberikan mantap tanpa penggunaan partikel pun. Pun di sini membawa maksud juga. Pun tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
Adakah terdapat perbezaan makna antara kata seru ` wah` dengan ` amboi `? Terima kasih. | Kata seru "wah" ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan sebagainya), contoh: Wah, dahsyat sungguh!. Manakala kata seru "Amboi" ialah kata seru untuk menyatakan rasa hairan (kasihan dan sebagainya) atau untuk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! dan sebagainya. | Tatabahasa | 03.05.2009 |
1. ( Amboi , Wah ), merdunya suara penyanyi itu ! 2. ( Amboi , Wah ), tingginya Menara Kuala Lumpur ! 3. ( Amboi , Wah ), indahnya sungguh pemandangan Cameron Highlands ! Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | Kata seru "wah" ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan sebagainya), contoh: Wah, dahsyat sungguh!. Manakala kata seru "Amboi" ialah kata seru untuk menyatakan rasa hairan (kasihan dan sebagainya) atau untuk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! dan sebagainya. | Tatabahasa | 30.09.2009 |
kata seru 1. ____,cantiknya pemandangan di sini! 2._____,hebatnya budak ini! *Wah atau Amboi?? Apakah jawapan yang paling tepat untuk kedua-dua soalan ini?Kenapa? Terima kasih. | Kedua-dua kata seru wah dan amboi boleh bertukar ganti dalam ayat ini. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini! Kata seru wah ialah kata utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): ~, dahsyat sungguh!; ~, bukan main banyaknya wang masuk!, manakala kata seru amboi ialah kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~, cantik sungguh awak hari ini! | Tatabahasa | 04.05.2010 |
perbezaan pengunaan perkataan ( Amboi ! ) dan ( Wah ! ) | Kata amboi merupakan kata seru untuk menunjukkan rasa hairan(kasihan dll.) atau untuk mengusik seseorang. Kata wah merupakan kata seru untuk menyatakan kehairanan(terkejut), kagum,dll.) Perbezaan penggunaan kedua-dua kata seru ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut: i. Amboi, lajunya kereta ini! ii. Amboi, cantik sungguh awak hari ini! iii. Wah, dahsyat sungguh! iv. Wah, bukan main banyaknya wang masuk! Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Istilah | 10.04.2010 |
Salam Sejahtera, Tuan, Bagaimanakah untuk membezakan penggunaan antara kata seru "amboi" dan "wah"? Adakan kedua-duanya boleh diganti pakai? Terima Kasih | Sdr. Andrew, terima kasih kerana menghubungi KNBDB Amboi membawa makna kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~, cantik sungguh awak hari ini! manakala wah membawa makna utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): ~, dahsyat sungguh!; ~, bukan main banyaknya wang masuk! Kadang kala kedua-dua perkataan ini sering ditukar ganti dalam penggunaannya walaupun memang terdapat sedikit kelainan. Terima kasih | Makna | 29.08.2009 |
apakah perbezaan antara kata seru wah dengan amboi | Kata amboi merupakan kata seru untuk menunjukkan rasa hairan(kasihan dll.) atau untuk mengusik seseorang. Kata wah merupakan kata seru untuk menyatakan kehairanan(terkejut), kagum,dll.) Perbezaan penggunaan kedua-dua kata seru ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut: i. Amboi, lajunya kereta ini! ii. Amboi, cantik sungguh awak hari ini! iii. Wah, dahsyat sungguh! iv. Wah, bukan main banyaknya wang masuk! Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 27.02.2009 |
assalamualaikum. saya ingin bertanya mengenai beberapa perkara: 1. Saya keliru dengan penggunaan perkataan banyak dan ramai, boleh tolong jelaskan? 2. Adakah penggunaan perkataan 'secocok' diterima pakai dalam penulisan atau penyampaian rasmi bahasa Melayu? harap maklum. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata banyak bermaksud 1. bukan sedikit, tidak sedikit 2. bilangan, jumlah 3. sangat, sungguh. Sila rujuk halaman 127. Kata ramai bermaksud 1. riuh-rendah,hiruk-pikuk 2. sangat,hebat,dahsyat 3. sangat gembira,sangat meriah 4. aktif,giat,sibuk 5. banyak penghuninya 6. banyak(orang),orang banyak,umum. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1275. Kata secocok ada digunakan dalam penulisan rasmi. | Tatabahasa | 24.01.2008 |