soalan saya: sejak dahulu lagi/ sejak dari dahulu lagi/ dari dahulu lagi ? yang mana satu tepat? | Salam sejahtera, Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Oleh itu, 'sejak dahulu lagi' dan 'dari dahulu lagi' merupakan frasa yang tepat. | Tatabahasa | 16.11.2012 |
soalan pertama: sejak dahulu lagi / sejak dari dahulu lagi / dari dahulu lagi / soalan kedua : rumah baru / rumah baharu soalan ketiga: Johor Bahru/ Johor Bharu ribuan terima kasih . | Salam sejahtera, Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. Bagi soalan yang pertama jawapan yang betul ialah 'sejak dahulu lagi.' Kamus Dewan menakrifkan baharu sama dengan baru, iaitu belum/tiada sebelumnya. kedua-duanya digunakan dalam menyatakan sesuatu yang baru atau baharu seperti rumah baru atau rumah baharu. Untuk soalan kedua, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat. Jawapan bagi soalan yang ketiaga ialah Johor Bahru. | Tatabahasa | 09.11.2012 |
DI DALAM TEKS UCAPAN RASMI, KITA SEPATUTNYA SEBUT NAMA INDIVIDU DAHULU, ATAU NAMA JAWATAN DAHULU. CTH: YANG DIHORMATI EN. JAMAL ROSLAN, PENOLONG KANAN 1... ATAU YANG DIHORMATI PENOLONG KANAN 1, EN. JAMAL ROSLAN...? TERIMA KASIH. | Mengikut standard dalam penulisan teks ucapan sepatutnya nama jawatan dahulu dan seterusnya nama yang berkenaan. Harap maklum. | Lain-lain | 29.10.2007 |
Dahulu saya menggunakan ungkapan “perkara berikut”. Ungkapan ini dikatakan tidak tepat. Ungkapan yang tepat ialah “perkara yang berikut”. Saya sudah menggunakan ungkapan ini. Cuma saya tidak mampu menjelaskan sebab perkataan “yang” perlu ada dalam ungkapan ini. Mohon pencerahan. | 'Yang' ialah kata hubungan pancangan relatif yang menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. | Tatabahasa | 21.01.2013 |
Ratusan tahun dahulu dunia ini dihuni oleh reptilia gergasi yang begitu menakutkan. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK | Ayat tersebut adalah betul dan perlu ditambah tanda koma selepas perkataan "dahulu". Ratusan tahun dahulu, dunia ini dihuni oleh reptilia gergasi yang begitu menakutkan. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
antara soalan berikut yang manakah boleh digunakan. 1. saya balik dulu. 2. saya balik dahulu. dan pertanyaan lain ialah... apa beza antara dulu dengan dahulu?? | Ayat dan ejaan yang betul ialah "Saya balik dahulu", dulu lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan dan dahulu ialah kata yang digunakan dalam konteks rasmi dan penulisan. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Salam sejahtera Tuan, apakah perbezaan di antara perkataan 'dulu' dan 'dahulu'? Terima kasih. | Dulu ialah bahasa percakapan dahulu, oleh itu dalam penulisan/situasi rasmi kata dahulu yang digunakan. | Lain-lain | 10.05.2010 |
Terlebih dahulu saya pohon maaf jika mengganggu pihak tuan. Saya adalah penulis buku yang berjudul Tina Dengan Ratu Semut. Saya ingin bertanya kepada pihak tuan tentang status buku Tina Dengan Ratu Semut di mana apabila saya membuat semakan dalam sistem Pejabat Maya DBP saya mendapati nama penulis telah ditukar kepada Puan Ros Azirai Binti Muhammad. Justeru saya ingin bertanya adakah terdapat sebarang perubahan kerana setakat hari ini saya tidak mendapat apa-apa berita mengenainya. Untuk makluman pihak tuan saya telah menandatangani kontrak pernerbitan dengan pihak tuan. Saya sangat berharap agar mendapat maklum balas secepat mungkin daripada pihak tuan. | Wksalam Puan Normie. Pihak kami ambil maklum tentang perkara ini. Untuk makluman puan, hal yang demikian berlaku atas kesilapan teknikal (dari segi pemasukan data penulis/manuskrip). Bahagian Sistem Maklumat DBP telah pun membuat pembetulan dan pihak kami memohon maaf atas kesilapan tersebut. Dari segi status, manuskrip ini telah diserahkan ke Bahagian Pengeluaran untuk urusan pracetak dan percetakan pada awal tahun ini. Sebarang perkembangan tentang manuskrip ini, sila hubungi editor Pn. Azihani di talian 03-21479293 atau melalui e-mel azihani@dbp.gov.my Terima kasih. Ketua Editor (BKR) | Lain-lain | 20.06.2016 |
Terlebih dahulu ucapan terma kasih kerana menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Ini berkenaan kata ganti nama tanya. Apakah kata ganti nama tanya untuk masa? Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Apakah hari perkahwinan anda? Bilakah hari perkahwinan anda? Apakah waktu sembahyang sekarang? Apakah waktu sekarang? Pukul berapakah sekarang? Hari apakah mesyuarat di adakan? Hari bilakah mesyuarat di adakan? | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Bilakah hari perkahwinan anda? 2. Pukul berapakah sekarang? 3. Hari apakah mesyuarat diadakan? | Tatabahasa | 22.02.2014 |
Salam, dahulu nama 'Kastam Diraja Malaysia' disingkatkan dengan KDRM. Bagi tujuan penjenamaan semula jabatan, Kastam Diraja Malaysia dinamakan 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia' atau singkatnya JKDM. Soalan pertama, mestikah nama organisasi dinamakan dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA atau nama KASTAM DIRAJA MALAYSIA boleh berdiri dengan sendiri tanpa memasukkan perkataan JABATAN. Soalan kedua, singkatan JKDM atau JKDRM, mana yang betul. Contoh KDRM sama dengan PDRM, manakala TUDM dan TLDM tidak memasukkan R (Raja) dalam singkatannya. Sekian, terima kasih. | Saudara Anuar, i. Untuk penamaan semula organisasi adalah lebih sesuai dan tepat organisasi tersebut dinamai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penamaan ini adalah selaras dengan nama jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penyiaran Malaysia, dan sebagainya. ii. Dari segi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama nama organisasi, maka singkatannya ialah JKDM kerana perkataan 'Diraja' dieja sebagai satu perkataan bersesuaian dengan singkatan TUDM dan TLDM. Walau bagaimanapun saudara bolehlah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memastikan sekiranya terdapat kaedah penulisan singkatan jabatan di peringakat JPA. | Lain-lain | 10.08.2009 |