dahulukala betul atau dahulu kala betul? | Ejaan yang betul ialah dahulukala. | Ejaan | 27.04.2013 |
ejaan dahulukala betul atau dahulu kala betul? | Ejaan yang betul ialah dahulukala, sama seperti kadangkala dan sediakala. | Ejaan | 28.02.2012 |
salam. mohon bantuan daripada DBP. perkataan mana yang betul?? 1. dahulu kala @ dahulukala terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah dahulukala. | Tatabahasa | 07.04.2011 |
apakah perbezaa antara adat dengan budaya? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud adat ialah peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi. Manakala budaya pula ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 21.03.2009 |
DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK, | Bahasa Melayu kuno merupakan sejenis bahasa lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala. Bahasa ini digunakan di zaman prasejarah, zaman batu dan sebagainya. Kebanyakan bahasa yg digunakan pada waktu ini lebih terfokus kepada bentuk simbol, lukisan pada dinding gua, kulit haiwan dsbnya. Manakala bahasa Melayu klasik pula merupakan bahasa yg serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain. Contoh-contoh bahasa Melayu klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah, Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi. Terima kasih. | Makna | 13.09.2008 |