1. Yang mana lebih tepat: Dakwah Merentasi Etnik atau Dakwah Merentas Etnik? 2. Nabi Musa a.s. salah seorang rasul ululazmi. Sewaktu baginda mendakwahi Firaun...Soalan saya: baginda dalam ayat tersebut seharusnya ditulis sebagai Baginda atau baginda? Terima kasih | Merentas etnik lebih tepat. | Lain-lain | 17.07.2019 |
Madrasah Dakwah Dan Tarbiyyah Al Hasaniyyah | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 11.09.2014 |
APAKAH PENGERTIAN DAKWAH | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud dakwah ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Untuk keterangan lebih lanjut dan untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 25.03.2009 |
Salam tuan/puan/cik. Yang mana lebih tepat untuk slogan berikut: 1. REFLEKSI DIRI, PENGGERAK DAKWAH 2. REFLEKSI DIRI PENGGERAK DAKWAH Perlukah meletak koma? Terima kasih. | Sebaiknya diletakkan tanda koma. Walau bagaimanapun slogan ini kurang sesuai kerana tidak membawa makna. | Lain-lain | 21.02.2017 |
Saya Khaled daripada Bahagian Dakwah JAKIM Putrajaya. Saya akan anjurkan pertandingan Pidato Belia untuk julung kalinya diadakan, soalan saya: 1) Adakah sesuai dimasukkan perkataan "KALI PERTAMA" di dalam tajuk pertandingan tersebut? 2) Sekiranya boleh, adakah perkataan tersebut ditulis dengan penuh seperti "KALI PERTAMA" atau "Ke-1" ? | Tajuk yang dicadangkan oleh kami ialah Pertandingan Pidato Belia Tahun 2015. Penggunaan "KALI PERTAMA" tidak diwajibkan dalam tajuk. Penggunaan tajuk yang dicadangkan sudah memadai dan mantap.
| Lain-lain | 08.10.2015 |
dai ialah pendakwah. Bagaimana pula dengan orang yang menerima dakwah? Adakh betul menggunakan perkataan "mad'u"? | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kamus bahasa Arab untuk mendapatkan maklumat berkenaan. | Tatabahasa | 10.06.2013 |
Ingin penjelasan perkataan "merubah". Pertubuhan kami menetapkan misi sebagai "Tarbiah Melahirkan Pemimpin dan Dakwah Merubah Masyarakat". Apakan perkataan "mengubah" lebih tepat berbanding "merubah"? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan merubah sama maksud dengan mengubah. Walau bagaimanapun, bentuk binaan kata yang lebih tepat ialah mengubah, meN- + ubah maka terbentuklah mengubah dan kata mengubah juga lebih banyak digunakan dalam teks bahasa Melayu. Tidak ada awalan mer- dalam bahasa Melayu, namun kata merubah diterima pakai kerana telah banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 23.09.2019 |
Assalamualaikum, Saya Roslieza dari unit proceding bagi seminar antarabangsa: isu dan cabaran. Bagaimanakah untuk saya dapatkan no ISBN bagi mendapatkan kelulusan untuk membuat proceding online bagi artikal yang telah dikumpulkan. "Fakulti Pengajian Islam Dakwah & Kepimpinan, UKM". | Untuk mendapatkan nombor ISBN, sila hubungi Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 27.05.2015 |