Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dal] | د

Definisi : 1. huruf kelapan abjad Arab (mempunyai nilai empat); 2. huruf kesembilan abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dal] | د

Definisi : tahun kelima dlm daur kecil (windu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dal] | د

Definisi : ; kacang ~ sj tumbuhan (pokok dan buah­nya), kacang kayu, Cajanus cajan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dal] | د

Definisi : = kacang ~ nama sj kacang; kacang kayu, Cajanus indicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan "di" dalam bahasa jawi ada huruf "ya" atau "dal" sahaja?Ejaan "di" dalam bahasa Jawi menggunakan huruf "dal" sahaja.Ejaan24.09.2024
Bolehkah menggunakan perkataan 'manakala' dal membina ayat majmuk?Kata manakala digunakan dalam ayat majmuk, iaitu apabila menghubungkan ayat pertama dengan ayat kedua yang membawa maksud pertentangan.Tatabahasa12.04.2014
Maksud Pandai Soalan saya ialah: Bolehkah perkataan pandai digunakan dalam kontek kemahiran seseorang dal bidang pertukangan. contohnya pandai kayuMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pandai boleh digunakan untuk merujuk makna ahli. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Istilah02.01.2009
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "KEDAI GAMBAR" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih.كداي كمبر- kaf dal alif ya    ga mim ba roEjaan28.08.2012
Asslamualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya, mengapa terdapat perbezaan ejaan singkatan dalam Jawi bagi encik (en., alif), insinyur (ir., alif ya. ra) dan doktor (dr, dal) ? Boleh minta jelaskan dengan lebih terperinci?
Nama khas yang berupa jawatan, pangkat, gelaran dan nama khas bukan nama diri yang lain sebolehnya ditulis dengan bentuk kata atau ejaan yang penuh dalam tulisan Jawi. Namun, jika ada keperluan untuk meringkaskannya, maka singkatan tersebut hendaklah dieja dengan padanan huruf Jawi bagi huruf pertamanya dalam Rumi dan diikuti tanda titik selepasnya. 
Tatabahasa15.04.2021
I would like to know translation for Gram Dhal Flour in Bahasa Malaysia. Gram Dhal Flour is also known as Besan Flour.Gram Dhal Flour- Tepung Kacang DalMakna04.06.2018
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "PUSAT PERKHIDMATAN TAYAR" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih.فوست فرخدمتن تاير - pa (titik tiga) wau sin ta , pa (titik tiga) ro kha dal mim ta nun , ta alif ya roEjaan05.09.2012
I would like to get translation for 'Gram Dhal Flour' in Bahasa Malaysia. I'm not sure if 'Tepung Kacang Kuda' is the proper translation.
Gram Dhal Flour- Tepung Kacang Dal

Chick Pea Flour  - Tepung Kacang Kuda
Istilah07.06.2018
Saya ingin dapatkan perkataan yang betul Bahasa Melayu bagi perkataan 'ulundhu'.Untuk makluman kacang ulundhu dikisar dan dicampurkan dengan beras untuk membuat Tosai.Tiada maklumat berkaitan kacang ulundhu dalam data kami. Carian kami melalui Internet mendapati ulundhu ialah sejenis kacang dal. Kami mencadangkan anda menulisnya sebagai kacang dal ulundhu sekiranya anda ingin membezakannya dengan kacang dal yang biasa.Istilah21.10.2018
Pengesahan tulisan jawi,bagi KTSPS TRADING SDN BHDك.ت.س.ف.س تراديغ سنديرين برحد  KTSPS (kaf-ada kaki di atas . ta . sin . pa-titik tiga di atas . sin) Trading (ta ra alif dal ya nga-titik tiga di atas)Ejaan01.02.2012
12

Kembali ke atas