Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(394)

133

Between Scylla and Charybdis

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(196)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bagaimana ingin membezakan penggunaan "di dalam" dan "dalam"? Adakah "di dalam" digunakan untuk ruang yang boleh dilihat? Dalam dunia hari ini atau Di dalam dunia hari ini? Terima kasih.

1. Perbezaan penggunaan "dalam" dan "di dalam" adalah seperti yang berikut:

a. Kata Sendi Nama "dalam"

Digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. 

Contoh: Dalam hal ini, kita bersetuju.

b. Frasa Sendi Nama "di dalam"

Digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu di dalam ruang atau kawasan yang mempunyai jarak, luas, atau sempadan. 

Contoh: Duit belanja sekolah itu disimpan di dalam beg.

 

2. Penggunaan yang betul ialah Dalam dunia hari ini.

Tatabahasa27.02.2026
Wujudkah perkataan "otor" dalam bahasa Melayu? Terjemahan dalam PRPM bagi perkataan "impure".Tiada kata "otor" dalam bahasa Melayu, khususnya yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).

Paparan dalam PRPM sepatutnya ialah kata "kotor". Mungkin terdapat masalah teknikal pada paparan maklumat tersebut.

Terima kasih atas maklumat ini.
Lain-lain15.11.2024
menyusun buku ke dalam rak/ di atas rak 2. meyusun buku di dalam beg/ ke dalam beg

Kesemua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat:

  1. … menyusun buku ke dalam rak.
  2. … menyusun buku di atas rak.
  3. … menyusun buku ke dalam beg.
  4. … menyusun buku di dalam beg.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kata sendi, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 265.

Tatabahasa27.04.2025
Salam, DBP. Saya temukan dalam Kamus Dalam Talian bahawa sinonim bagi "takoyaki" ialah "cucur kurita". Padanan yang cukup baik pada saya. Namun, tiada "kurita" dalam Kamus Dewan. Yang standard ialah "gurita". Mohon baiki.Untuk makluman tuan, Kamus Dewan Perdana (2020) telah memasukkan kata kurita dan gurita yang merujuk haiwan yang sama, iaitu sotong kurita.Istilah21.07.2025
Adakah isitlah gelecek dalam sukan hanya digunakan dalam sukan bola sepak ataupun boleh juga digunakan dalam bola keranjang?Istilah yang tepat ialah kelecek; mengelecek (dribbling) dan boleh digunakan dalam sukan bola keranjang.Makna27.05.2025
Salam, Saya temui kesilapan ejaan dalam buku terbitan DBP: Garis panduan Amalan Istiadat dan Protokol dalam Majlis Rasmi. Pertama dalam prakata xvi: Urusetia. Kedua dalam Lampiran 11 halaman 145: Aturcara.
Salam tuan yang budiman,
 
Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih atas teguran kesalahan ejaan dalam buku Garis Panduan Amalan Istiadat dan Protokol dalam Majlis Rasmi Kerajaan yang diterbitkan pada tahun 2017, cetakan kedua 2023. Kami memohon maaf tentang perkara tersebut.
 
Dimaklumkan bahawa pihak kami akan membuat cetak ulang judul berkenaan dan juga menerbitkannya secara digital. Semua kesalahan, termasuk kesilapan ejaan dan lain-lain, akan dibetulkan semasa semakan naskhah cetak ulang dan digital tersebut. 
 
Sekian, dan terima kasih.
Karya10.08.2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimanakah unruk membezakan penggunaan "dalam" dan "di dalam"? Adakah buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan. Terima kasih.

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya dalam ayat: Pengembara itu sesat di dalam hutan.

Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti
di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.

Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti
dalam fikiran, dalam bidang Sains dan dalam kehidupan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 470 hingga 471, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 265 hingga 266 dan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa12.12.2024
Bagi perjanjian perdagangan bebas, istilah bagi perolehan Kerajaan yang perlu dibuka dalam kalangan negara dalam perjanjian perdagangan bebas tersebut adalah çovered procurement. Istilah pada masa ini di dalam tatacara berkuat kuasa adalah perolehan tertakluk. Apa isitlah yang sesuai untuk digunakan bagi covered procurement dalam Bahasa Melayu, untuk dijadikan sebagai istilah di dalam Peraturan yang sedang dirangka bagi RUU Perolehan KerajaanCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah covered procurement ialah perolehan tertakluk. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.Istilah05.11.2025
Terdahulu, saya mengajukan pertanyaan berhubung penulisan nama negara dalam Bahasa Melayu. Jawapan DBP seperti berikut: Nama negara dalam penulisan bahasa Melayu hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan jika perlu. Nama yang digunakan hendaklah berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali. Untuk mendapatkan senarai nama yang lebih tepat untuk penggunaan nama negara dalam bahasa Melayu, sila rujuk Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Justeru, soalan selanjutnya adalah berdasarkan ayat berikut: "Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Negara Italy ditulis sebagai Itali." Apakah penerbitan yang diterbitkan oleh DBP yang menyenaraikan nama negara berdaulat dalam Bahasa Melayu. Rujukan telah dibuat kepada Garis Panduan Penentuan Nama Geografi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Maklumat terjemahan dari nama asal kepada Bahasa Melayu tidak dilampirkan.Untuk makluman puan, tidak semua nama tempat/negara terakam dalam data terbitan kami. Begitu juga dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang tidak menyenaraikan semua nama tempat dan hanya beberapa tempat/negara sebagai contoh dalam penamaan.

Sebagai alternatif, puan bolehlah merujuk buku terbitan DBP, iaitu Gaya Dewan (hlm. 414 - 423) dan Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu, puan juga boleh merujuk Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai ejaan yang betul untuk nama-nama negara.
Ejaan31.01.2025
Untuk karangan autobiografi seperti ‘Aku sebuah komputer’, perlukah perkataan ‘aku’ tulis dalam huruf besar (Aku) dalam karangan walaupun bukan perkataan pertama dalam ayat? Contohnya, adakah ‘Tuan aku sangat menyayangi aku’ atau ‘Tuan Aku sangat menyayangi Aku’ yang betul? Terima kasih.

Perkataan “aku” ditulis dalam huruf kecil kerana perkataan ini merujuk kepada kata ganti diri pertama. Ayat yang betul ialah “Tuan aku sangat menyayangi aku”.

Lain-lain24.09.2024
12345678910...

Kembali ke atas