Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan, Adakah frasa "dalam pada itu" betul tatabahasanya? Apakah maksud yang diberikan oleh frasa tersebut? Sekian, terima kasih.Kata hubung "dalam pada itu" digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.Tatabahasa29.11.2012
Adakah kata hubung yang bermula dengan huruf "D",seperti "di samping itu" dan "dalam pada itu" masih boleh digunakan di permulaan ayat dalam penulisan dan karangan ?Kata hubung di samping itu dan dalam pada itu digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.Tatabahasa12.03.2007
Helo, Apa khabar? Mana satu penanda wacana yg betul? Selain itu atau Selain daripada itu? Oleh kerana atau oleh sebab? Dalam pada itu atau dalam itu?Penanda wacana yang digunakan ialah selain itu, oleh sebab dan dalam pada ituTatabahasa30.01.2008
Bolehkah: 1) ... adalah seperti... 2) ... adalah bukan... 3) ... adalah seorang ... 4) Di samping itu, ... 5) Dalam pada itu, ... 6) jawapan / jawaban 7) Telefon bimbit .... Ia merupakan... 8) ...kumpalan titik atau unjuran di mana daya dikenakan secara...1. Kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif seperti "adalah seperti" dan "adalah merah".
2. Frasa "di samping itu", "dalam pada itu", jawapan/jawaban, betul.
3. Ia merupakan boleh digunakan bergantung pada konteks ayat tersebut dan perkataan "di mana" tidak digunakan dalam ayat penyata. Sila gantikan dengan perkataan (kata hubung) yang sesuai untuk menggantikan kata "di mana".
Tatabahasa30.04.2013
apa yang membezakan penggunaan perkataan sementara dan sementara itu?Perkataan sementara digunakan dalam konteks makna yang yang dibawanya, rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sementara+ untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut. Frasa sementara itu bermaksud pada ketika itu atau dalam pada itu. Maka penggunaan frasa tersebut hendaklah disesuaikan dengan konteks makna yang dibawa.Tatabahasa01.10.2012
Soalan saya: Penggunaan Bahasa Melayu sangat meluas. Dari segi perkataan, banyak perkataan baharu. Sebagai contoh coffee house bermaksud laman kopi. Jadi, saya ingin mendapatkan senarai perkataan dan maksudnya dalan bahasa Melayu seperti contoh tadi untuk membolehkan saya mengajar bahasa Melayu dengan lebih baik. Terima kasih.Terima kasih atas keprihatinan saudara. Dalam setiap penerbitan kamus dimasukkan entri baru atau kata lama tetapi ada peluasan makna daripada makna yang sebelum ini. Oleh itu rujukan yang utama ialah Kamus Dewan. Dalam pada itu kami juga menerbitkan pedoman bahasa (nipis) dan diedarkan secara percuma kepada pengguna. Saudara boleh mendapatkannya di Tingkat 25, Menara DBP. Lain-lain24.12.2008
yang mana panggunaan yang betul; 1) berpunca daripada / berpunca pada 2)di kalangan / dalam kalangan 3) rumah itu terbina pada..../ rumah itu dibina pada..... 3)rumah itu terjejas teruk / rumah itu teruk terjejasPanggunaan yang betul ialah berpunca daripada, dalam kalangan, rumah itu dibina pada... dan rumah itu terjejas teruk.Tatabahasa27.04.2007
Adakah penggunaan kata sendi nama "dalam" dan "pada" dalam ayat berikut betul? contoh ayat: 1. Hitamkan jawapan pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 2. Soalan hendaklah dijawab dalam kertas jawapan yang disediakan. Apakah perbezaan antara kedua-dua kata sendi nama? Sekian, Terima kasih.Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Dalm konteks ayat yang diberikan kata sendi nama pada digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh itu. ayat pertama "Hitamkan jawapan pada kertas jawapan objektif yang disediakan" adalah betul. Ayat kedua sepatutnya menggunakan sendi nama pada. (Soalan hendaklah dijawab pada kertas jawapan yang disediakan). Kata sendi nama dalam digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Contohnya: dalam hal, dalam keheningan malam, dalam mesyuarat, dalam bahasa kebangsaan.Tatabahasa29.02.2012
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya. 1. Jangan berenang di dalam sungai yang dalam itu. ( Bolehkah perkataan dalam yang pertama dibuang ?) 2. Jumlah keuntungan pada tahun ini ada dalam tangan pengurus kilang itu. ( ...ada dalam tangan ... perlu ditukar ...ada pada tangan..., yang mana satu lebih sesuai?) 3. Lampu minyak tanah terliuk-liuk ditiup angin lalu padam. ( Sesuai atau tidak guna perkataan lampu? Adakah lampu itu perlu ditukar perkataan pelita?)1. Boleh, tetapi yang lebih jelas ialah di dalam. 2. pada tangan, sebabnya dalam tangan ada dua makna, betul-betul dalam tangan atau ada padanya (3. Pelita lebih tepatTatabahasa27.08.2007
Assalamualaikum, Mohon penjelasan penggunaan pada dan kepada yang terdapat dalam ayat berikut: Allah menampakkan sedikit kesempurnaan-Nya yang tidak terhingga itu pada@kepada kewujudan insan kamil. Kepada @Pada insan kamil ini, Allah memperlihatkan ciptaan-Nya dan membahagikan kasih sayang-Nya.

Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276.

Tatabahasa28.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas