Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam rahim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan seperti menggambarkan, menjelaskan dan menerangkan digunakan bagi menggantikan perkataan ialah dan merupakan. Contoh: Proses kehamilan menggambarkan/menerangkan/menjelaskan tempoh pembentukan janin dalam rahim ibu. Kebiasaannya kita dengar, Proses kehamilan ialah/merupakan tempoh pembentukan janin dalam rahim ibu.

Perkataan menggambarkan, menjelaskan dan menerangkan tidak sama maksud bagi perkataan merupakan atau ialah. Menggambarkan merujuk kepada gambaran, menerangkan merujuk penerangan dan menjelaskan merujuk kepada penjelasan. Oleh itu, ayat tersebut kurang tepat untuk digunakan jika digantikan dengan perkataan merupakan atau ialah. 
Tatabahasa07.02.2021
Assalamualaikum, Bagi ayat di bawah, adakah ejaan tuhan atau Tuhan yang lebih tepat penggunaannya? Contoh ayat: Dialah yang membentuk rupamu di dalam rahim (ibumu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. APAKAH JAWAPANNYA & ALASANNYA? Terima kasih.

Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, ejaan yang betul ialah “Tuhan”.

Tuhan khusus kepada Allah Yang Maha Esa, manakala tuhan ialah sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa.

Lain-lain24.01.2022
Salam Saya hendak bertanya tentang ejaan "tiub falopio". Berdasarkan rujukan di PRPM (kamus dewan/glosari) perkataan ini dieja "fallopio" tetapi dalam buku teks tingkatan 1 dieja "falopio". Mohon pencerahan ejaan yang betul. Terima kasihSalam sejahtera. Ejaan yang tepat bagi istilah tersebut ialah "tiub Fallopio", iaitu tiub yang membawa ovum yang dihasilkan oleh ovari ke dalam rahim. Tiub Fallopio juga dikenali sebagai oviduktus.
Ejaan09.10.2019
1. "Hmm... bagaimana, ya?" atau "Hmm... bagaimana ya?" 2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" atau "Kamu mahu ke mana Rahim?

1. "Hmm... bagaimana ya?"

2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" dan "Kamu mahu ke mana Rahim?

Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan.

Ejaan13.10.2011
Perkembangan bahasa Melayu selepas kemerdekaan, dari segi perkembangannya sendiri, peranan dan status, dalam perlembagaan dan peranan dalam masyarakat Malaysia. Terima kasih.

 

Bahasa Melayu : satu singkapan ringkas sejarah dan perkembangannyaRahim Aman">Rahim AmanPelita Bahasa01/02/1999

Kajian dan perkembangan bahasa MelayuAsmah OmarPelita Bahasa01/05/1992
Lain-lain17.01.2008
mohon diberikan penghuraian yang sepenuhnya mengenai perkataan tersebut : "menggesa encik rahim supaya lebih pro-aktif terutamanya dalam kerjasama bersama ketua kampong".Frasa tersebut tergantung kerana tidak mempunyai subjek. Siapakah yang menggesa Encik Rahim supaya lebih proaktif? Sila lengkapkan ayat tersebut.Tatabahasa19.05.2010
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak terbahagi kepada dua iaitu berbilang dan tak berbilang. Bagaimanakah kita membezakan antara konsep berbilang dan tak berbilang. Berikan contoh. Mengapakah "senyuman" dikategorikan dalam kumpulan "berbilang" padahal senyuman tidak dapat dibilang ?

Encik Rahim terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Encik Rahim setahu saya juga mengikut buku-buku tatabahasa senyuman diletakkan sebagai kata nama am abstrak yang tidak boleh dibilang. Pertanyaan saya daripada manakah Encik Rahim mendapat penjelasan yang mengatakan senyuma itu diletakkan  sebagai boleh dibilang. Terima kasih.

Tatabahasa10.04.2009
Tokoh Murid pada tahun ini ialah Aidil Razif bin Abdul Rahim yang telah mengharumkan nama sekolah dalam banyak pertandingan yang disertainya. Adakah betul ejaan huruf bagi perkataan Tokoh Murid atau Tokoh murid?Ejaan yang betul ialah:
 Tokoh murid pada tahun ini ialah Aidil Razif bin Abdul Rahim yang telah mengharumkan nama sekolah dalam banyak pertandingan yang disertainya. 
Ejaan05.03.2020
Pak Rahim ____ peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. A memerah B mengelap C mencuci D mengesat Apakah jawapan yang betul dalam soalan ini. Terima Kaish.Jawapan yang betul ialah:  D. mengesatLain-lain29.09.2009
M Zulhilmi A Rahim 18HB JULAI 3.22 PTG salam tuan saya zulhilmi dari pulau pinang ingin menerbitkn buku motivasi bawah syarikat tuan ,bagaimana yeAssalamualaikum En. Zulhilmi. Untuk maklumat dalam perkara ini, sila hubungi Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-21479494, e-mel: khalik@dbp.gov.my. Sekian. Terima kasih.Lain-lain18.07.2017
12

Kembali ke atas