Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Komp) a) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer; b) berada dlm keadaan giat dan bersambung terus pd sistem utama komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist 1 keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah kawalan sistem utama komputer. 2 perihal bolehnya pengguna berinteraksi secara langsung dgn menggunakan komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam talian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apa terjemahan untuk "online game"? Adakah "pemainan dalam talian" atau "permainan atas talian"? Apa perbezaan penggunaan "dalam" dan "atas" mengikut konteks di atas?Salam sejahtera,

Padanan "online game" ialah permainan dalam talian. Dalam talian bermaksud berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer atau berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Tiada istilah atas talian.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan29.11.2018
Apabila saya menulis 'Kamus DBP Dalam Talian', terdapat 31 entri dalam PRPM, salah satu katanya iaitu pemongam diberi takrif menggunakan dialek Negeri Sembilan. Apakah sebenarnya Kamus DBP Dalam Talian?Kamus DBP Dalam Talian ialah datanya bukan daripada sumber bercetak seperti Kamus Dewan.Lain-lain14.03.2018
Saya nak tanya, adakah bersesuaian sekiranya saya gunakan rujukan disertasi saya prpm dalam talian. Contohnya saya cari makna bagi sesebuah perkataan dalam bahasa Melayu di PRPM dalam talian sahaja? Ini kerana saya melihat PRPM dalam talian adalah lebih terkini daripada DBP edisi keempat. Mohon pencerahan.Bagi karya ilmiah seperti disertasi, jurnal dan sebagainya, disarankan rujukan dibuat menggunakan naskhah bercetak yang lengkap dengan nama judul, penerbit, tahun terbitan, halaman rujukan dan sebagainya. Rujukan dalam talian biasanya berubah-ubah dan perakamannya mengikut gaya IPT, penerbit, penulis dan sebagainya yang berbeza-beza. Data di PRPM misalnya disediakan untuk rujukan pantas masyarakat tetapi tidak lengkap maklumatnya untuk digunakan bagi tujuan penulisan karya ilmiah.Lain-lain30.05.2023
Tuan, "atas talian" atau "dalam talian", yang manakah betul? Minta penjelasan.Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi online ialah dalam talian. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=online. Frasa yang betul ialah dalam talian.Penyemakan dan penterjemahan12.04.2015
Apakah padanan yang sesuai bagi 'on line'? Atas tralian atau dalam talianTerjemahan "online" ialah "dalam talian", contoh: online system = sistem dalam talian.Lain-lain05.11.2010
mana yang betul - atas talian atau dalam talian?Ungkapan yang betul ialah dalam talian.Istilah18.12.2011
Salam. Apakah maksud perkhidmatan dalam talian? Terima kasih.Maksud perkhidmatan dalam talian ialah kerja (usaha, kemudahan dan lain-lain) yang dibuat secara langsung dengan menggunakan komputer.

Berikut ialah maksud setiap perkataan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
perkhidmatan: kerja (usaha, kemudahan dan lain-lain) untuk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dan lain-lain
dalam talian: i) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer; ii) berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer
Makna15.02.2021
a) dalam talian b) atas talian Soalan: Istilah (a) atau (b) lebih tepat bagi "online"?Dalam talian. Sila rujuk laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP (PRPM)Lain-lain08.12.2010
Apakah terjemahan kepada istilah 'catfishing' dalam konteks penipuan dalam talian? *Catfishing is when a scammer creates a fake account or identity to trick people into believing they are talking to a real person.Kami mencadangkan "catfishing" diterjemahkan sebagai "penipuan dalam talian" atau "penyamaran dalam talian". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2021
1.dalam talian betul atau atas talian betul?Salam sejahtera,

Penggunaan yang betul ialah dalam talian.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.10.2017
12345678910...

Kembali ke atas