Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sudah tentu dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,

Puisi
 

Yu tangan sapu tangan,
     Jatuh ke laman berisi bunga;
Busuk tangan celaka tangan,
     Dalam tangan orang punya.


Lihat selanjutnya...(174)
Peribahasa

Tak usah bimbang,
     gula di dalam mulut,
bila hendak telan,
     telan.

Bermaksud :

Barang yang sudah ada di dalam tangan, bila suka boleh digunakan.

 

Lihat selanjutnya...(10)

256

History repeats itself

Jika sesuatu itu pernah berlaku maka ia boleh berlaku lagi.

Sejarah berulang

“O my people, we have to remain steadfast and united, and never shall we betray one another lest our beloved soil should fall to the enemies. Our ancestors had lived in misery when the enemies conquered this land. Thus, do not let history repeats itself,” said the king.

''Wahai rakyat beta sekelian, kita harus berdiri teguh dan bersatu, dan jangan sekali-kali mengkhianati antara satu sama lain agar tanah air yang kita cintai ini tidak jatuh ke tangan musuh. Nenek moyang kita bernafas dalam kesengsaraan setelah musuh menakluki bumi ini. Maka, jangan biarkan sejarah berulang kembali,'' titah raja itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Makna dalam tanganMakna dalam tangan ialah dalam kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh.Ejaan09.08.2006
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya. 1. Jangan berenang di dalam sungai yang dalam itu. ( Bolehkah perkataan dalam yang pertama dibuang ?) 2. Jumlah keuntungan pada tahun ini ada dalam tangan pengurus kilang itu. ( ...ada dalam tangan ... perlu ditukar ...ada pada tangan..., yang mana satu lebih sesuai?) 3. Lampu minyak tanah terliuk-liuk ditiup angin lalu padam. ( Sesuai atau tidak guna perkataan lampu? Adakah lampu itu perlu ditukar perkataan pelita?)1. Boleh, tetapi yang lebih jelas ialah di dalam. 2. pada tangan, sebabnya dalam tangan ada dua makna, betul-betul dalam tangan atau ada padanya (3. Pelita lebih tepatTatabahasa27.08.2007
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat

1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;

2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan

3. bahasa kesat: bahasa kotor

4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan

5. baik hati : baik peranganinya

6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing

 

Makna07.05.2009
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat

1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;

2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan

3. bahasa kesat: bahasa kotor

4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan

5. baik hati : baik peranganinya

6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing

 

Makna07.05.2009
peribahasa pada maksud "dalam tangan"Maksudnya ialah dalam kekuasaan(kemampuan, milik) seseorang,sudah tentu dapat atau akan diperoleh. Lain-lain10.04.2008
Antara berikut, manakah ayat yang tepat: 1. Pilihan dalam tangan anda 2. Pilihan pada tangan anda 3. Pilihan di tangan andaAyat yang betul ialah "Pilihan di tangan anda."Tatabahasa16.08.2022
Salam sejahtera. Yang mana satukah betul dan apakah sebab? 1. memegang buku di tangan 2. memegang buku di dalam tangan. 3. memegang buku pada tanganJawapan yang betul ialah "memegang buku menggunakan tangan" atau "memegang buku dengan menggunakan tangan". Merujuk Kamus Dewan Perdana,  maksud “menggunakan” ialah melakukan atau mengerjakan sesuatu dengan (alat, senjata dan sebagainya), manakala maksud "dengan"  pula ialah 2. kata yang digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dan lain-lain) atau alat dan sebagainya yang digunakan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, 
halaman 711 dan 506.
Makna20.08.2025
Soalan tentang penggunaan kosa kata - membelek-belek lagi. Adakah membelek-membelek sesuatu benda bermakna benda tersebut mesti boleh dipegang dalam tangan ketika diperhatikan?Perbuatan membelek-belek ditakrifkan sebagai memerhati dengan teliti, tetapi tidak ada dalam sumber kami menyatakan bahwa benda yang dibelek itu mesti dipegang ketika diteliti. Tatabahasa25.08.2010
Salam 1Malaysia, terdapat beberapa kemusyikilan bahasa yang saya hadapi. 1. Persoalannya, bolehkah kata ‘dalam’ diikuti kata kerja? Contohnya: ...terlibat dalam memberikan bantuan ... dalam melaksanakan urus tadbir sumber air 2. Frasa pasukan anda itu kata ganti nama diri kedua atau diri ketiga? Contohnya: ...pasukan anda berikan 3. Adakah ‘dapatan kajian’ bentuk lewah? Contohnya: Dapatan kajian membuktikan bahawa ... 4. Bolehkah kata sendi nama diikuti kata adjektif? Contohnya: ...diurus dengan baik 5. Air licik mencemari / mencemarkan sumber air? ...air licik mencemarkan sumber air 6. Yang manakah yang betul: di tangan kerajaan atau dalam tangan kerajaan? Contohnya: ...terletak di tangan kerajaan Khidmat nasihat DBP amat dihargai.Sekian. Kay Seven1. Perkataan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama yang dapat juga berfungsi sebagai kata arah. Perkataan ini mesti hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 284.
2. Anda merupakan kata ganti nama kedua.
3. Dapatan kajian bukan bentuk lewah.
4. Kata sendi nama tidak boleh diikuti dengan kata adjektif kerana kata sendi nama merupakan perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
5. Dalam tangan kerajaan
Tatabahasa08.11.2015
Apakah perbezaan nuansa antara cengkaman tangan, genggaman tangan, genggam, cengkam, kepalan tangan dan gumpalan tangan yang direkodkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti maksud sama?Salam sejahtera,

Kata-kata ini mempunyai perkaitan makna namun terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi cara perbuatan itu dilakukan. 

Kata cengkaman ditakrifkan sebagai perbuatan atau hal memegang sesuatu dengan kuat  menggunakan kuku, gigi dsb. Kata genggaman pula melibatkan penggunaan tangan yang dikepalkan untuk memegang sesuatu.

Kata genggaman, kepalan dan gumpalan juga mempunyai makna "kepalan tangan seperti hendak menumbuk", misalnya dalam ayat "Roslan membalas kata Izuan sambil menunjukkan genggaman tangannya." Namun begitu, penggunaannya bergantung juga pada konteks penggunaannya.

Tuan/Puan bolehlah merujuk kamus terbaharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Kamus Dewan Perdana (2020) yang merakamkan lebih daripada 120,000 kosa kata termasuklah kata umum, istilah, dialek dan slanga untuk rujukan pengguna.
Makna17.11.2025
12345678910...

Kembali ke atas