Mohon berikan pandangan bagi ayat berikut: 1) Saya memeriksa botol dan mendapati di dalamnya mengandungi cecair; 2) Saya memeriksa botol dan mendapati di dalamnya cecair. Manakah ayat yang betul? | Kedua-dua ayat 1. Saya memeriksa botol dan mendapati di dalamnya mengandungi cecair dan 2. Saya memeriksa botol dan mendapati di dalamnya cecair betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 06.06.2021 |
pihak majlis peguam malaysia telah 'mengambil alih' firma tersebut serta semua fail - dokumen 'di dalamnya'. perkataan 'mengambil alih' dan 'di dalamnya' jarak atau tidak?? terima kasih. | Kedua-dua perkataan iaitu 'mengambil alih' dan 'di dalamnya' perlu dijarakkan. | Tatabahasa | 27.04.2007 |
Salam, adakah frasa "di dalamnya" gramatis merujuk kepada pengertian kata penekan dan kata pembeda. | Frasa "di dalamnya" boleh digunakan dan perlu disesuaikan dengan konteks ayat, contohnya: Saya memeriksa botol tersebut dan mendapati "di dalamnya" mengandungi cecair berwarna merah. | Tatabahasa | 20.12.2021 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata 'dihias' dan 'dihias dengan'..Betulkah ayat ini? 1. Di bahagian dalamnya pula dihias dengan bunga yang cantik @ 2. Di bahagian dalamnya pula dihiasi dengan bunga yang cantik @ 3. Di bahagian dalamnya pula dihiasi bunga yang cantik. Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah: 1. ... dihias dengan bunga yang cantik. 2. ... dihiasi bunga yang cantik. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
tuan, belon itu semakin _________apabila udara ditiup ke dalamnya. (memanjang, mengembang, membesar) tuan mana satu perkataan yang sesuai digunakan? tq | Belon itu semakin mengembang apabila udara ditiup ke dalamnya. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Menurut wasiat Encik Wong, rumahnya dan semua perabot yang berada di dalamnya adalah / ialah kepunyaan anak sulungnya. Dalam ayat di atas, adakah "ialah" atau "adalah" lebih sesuai? | Dalam ayat contoh yang saudara berikan, perkataan "ialah" lebih sesuai. "Menurut wasiat Encik Wong, rumahnya dan semua perabot yang berada di dalamnya ialah kepunyaan anak sulungnya." Hal ini kerana kata "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama manakala kata "adalah' digunakan di hadapan kata sendi atau kata adjektif. Perkataan yang mengikuti "ialah" dalam ayat ini ialah "kepunyaan", iaitu bentuk kata nama terbitan. | Tatabahasa | 25.02.2014 |
Apakah perbezaan antara kosong dan sifa ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kosong bermaksud 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; manakala sifar pula ialah (angka) kosong. | Istilah | 21.10.2009 |
MAKNA KATA Adakah perkataan 'opsyen' telah terbina dalamnya sifat majmuk, atau perlu saya menulis 'opsyen-opsyen'? TK DBP! | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, opsyen bermaksud 1. hak (kebebasan) untuk memilih, pilihan 2. hak untuk membeli atau menjual sejumlah sekuriti dan sebagainya pada harga tertentu dalam tempoh tertentu (bidang Ekonomi). Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan opsyen tidak perlu diulang kerana telah jelas maksudnya. Perkataan ini biasanya digunakan apabila sesuatu pihak diberi hak untuk memilih satu sahaja daripada beberapa pilihan. | Makna | 14.02.2012 |
apakah maksud 'hubugan kemasyrakatan' sebenarnya? Dan apakah termasuk dalamnya? Terima kasih. | Secara amnya hubungan kemasyarakatan bermaksud segala aspek yang berkaitan dengan masyarakat. | Makna | 09.08.2010 |
Salam sejahtera. Istilah "data breach" merujuk kepada kejadian pencabulan keselamatan yang dalamnya data yang sensitif, terlindung atau sulit disalin, dihantar, dilihat, dicuri atau digunakan oleh seseorang tanpa izin. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "data breach" - kebocoran data atau pelanggaran data atau apa-apa terjemahan lain? Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: data breach - pencerobohan data Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 11.10.2021 |