Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dalang] | دالڠ

Definisi : 1. tukang cerita (dlm wayang kulit), orang yg memainkan wayang kulit (dgn meng­gerak-gerakkan patung yg menjadi watak cerita sambil bercerita): ~ itu pun berwayang­lah lakon Pendawa Jaya; 2. ki orang yg memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: siapakah ~nya di belakang ge­rakan ini?; ~ politik orang yg merancang, mengatur, memimpin dsb sesuatu kegiatan politik secara sulit atau sembunyi: terlalu banyak ~ politik yg bermain di sebalik tabir politik parti; mendalang memainkan wayang kulit: pd perayaan hari kemerdekaan, negeri Kelantan telah mengirimkan beberapa orang utk ~; mendalangi memimpin (mengatur langkah dsb) sesuatu gerakan secara sulit atau dgn sembunyi-sembunyi: orang yg ~ pemberon­takan itu sedang dicari-cari; mendalangkan 1. bermain (memper­tunjuk­kan) wayang kulit; 2. = mendalangi; pendalangan perihal mendalang (cerita atau pengetahuan dalang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dalang] | دالڠ

Definisi : orang yg memainkan wayang kulit (dgn menggerak-gerakkan patung-patung sambil bercerita). ~ politik orang yg merancang, mengatur, memimpin dsb sesuatu kegiatan politik secara sulit atau sembunyi-sembunyi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan dalam talian, 1. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk patung wayang kulit? Ayat Contoh: 1. Tok dalang itu sedang menggerakkan dua keping patung wayang kulit semasa persembahannya. Sekian, terima kasih.Tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Tok dalang itu menggerakkan patung wayang kulit semasa persembahannya atau Tok dalang itu  menggerakkan patung watak wayang kulit semasa persembahannya.Lain-lain29.12.2010

Kembali ke atas