apakah permainan dam melayu | Menurut Kamus Dewan pemainan Dam merupakan sejenis permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur); | Lain-lain | 05.08.2007 |
Memang betul perkataan "glamor" masih digunakan dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan. Guru sekolah berkata bahawa perkataan "glamor" tidak boleh digunakan dalam karangan kerana dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada dam ini bermaksud perkataan tersebut telah dibubarkan. Bolehkah saya tahu bahawa adakah perkataan "glamor" boleh digunakan semasa PMR? | Kata glamor terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan ini telah lazim digunakan dalam penulisan umum. | Lain-lain | 19.02.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa bersifat unik yang terkandung dalam ciri-ciri bahasa?boleh bagi maklumat lanjut? | Sdr. secara umumnya bahasa dikatakan unik kerana melalui bahasa pelbagai perlakuan boleh dinyatakan. perasaan pedih, sakit, gembira dam sebagainya. seperkara lagi setiap bahasa itu mempunyai caranya tersendiri untuk menerangkan dan menjelaskan sesuatu. dan banyak lagi keunikan tentang bahasa. untuk keterangan dan huraian yang lebih mendalam saudara perlulah memdapatkan beberapa buku dalam pelbagai bahasa yang banyak menyatakan atau yang boleh menjelaskan soalan sdr. ini terima kasih. | Tatabahasa | 09.08.2007 |
Tuan, Macam manakah agaknya 'pagar' memakan padi dan bolehkah pagar makan padi? Kita semua tahu yang 'pagar' itu adalah benda tidak bernyawa, anpa mulut dan sistem untuk menghazam makanan dan membuang apa-apa yang tidak di perlukan, seperti manusia atau binatang makan dan minum, menghazam apa yang di makan dan di minum dam sama ada membuang air beasr ataupun air kecil. Pagar tidak boleh buat semua itu. Burung Pegar atau Ayam Pegar (lihat gambar) adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes (pheasant), termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga. | Saudara, seperti yang dinyatakan dalam jawapan sebelum ini mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Wallahua'lam. | Lain-lain | 27.01.2012 |
Apakah itu Psikologi Pendidikan? Apakah definasinya dan bagaimana penggunanya | Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dam mereka yang kehilangan upaya. | Makna | 18.01.2009 |