Yang mana betul: a) Dia terkenal dengan jolokan "Anak Orang Kaya Damansara." b) Dia terkenal dengan jolokan 'Anak Orang Kaya Damansara.' c) Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara." d) Dia terkenal dengan jolokan 'anak orang kaya Damansara.' | Ayat yang betul ialah: Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara". | Ejaan | 31.10.2011 |
Selamat sejahtera, tuan 1. Apakah suku kata bagi perkataan "akhir" ? 2. Adakah tanda titik wajib digunakan dalam perkataan singkatan? Contohnya, S.J.K.(C.) Damansara atau SJKC Damansara?U.P.S.R. atau UPSR? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, 1. Berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, suku kata perkataan akhir ialah a.khir. 2. Untuk makluman saudara, bagi singkatan yang hanya menggunakan huruf pertama perkataan, singkatan tersebut ditulis tanpa tanda titik. Oleh itu, yang betul ialah SJK(C) Damansara dan UPSR. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
Kelulusan Iklan Besar di Bangunan Pejabat, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana, Petaling Jaya | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 12.10.2015 |
'Lifestyle' comfirmation | kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, sekiranya ditulis menggunakan huruf besar dan huruf kecil, perkataan "Di" perlu dieja sebagai di (huruf kecil "d"). 1. Pusat beli-belah terkini di Damansara 2. Pusat beli-belah Gaya Hidup terkini di Damansara | Tatabahasa | 29.08.2014 |
Saya amat keliru dengan beberapa nama bazar atau pasar larut malam yang menggunakan nama seperti Damansara Uptown (di pinggir bandar raya Kuala Lumpur), Kota Bharu Uptown (di pusat bandar raya Kota Bharu), dan Downtown Kubang Kerian (juga di Kota Bharu). Sebenarnya apakah istilah yang paling tepat untuk bazar atau pasar larut malam? "Uptown" atau "downtown"? | Mengikut data DBP, istilah “uptown” dalam bidang geografi merujuk pada “pinggir bandar”. Manakala “downtown” merujuk pada “pusat bandar raya” dalam istilah sains politik dan geografi, dan “pusat bandar” untuk istilah pelancongan. Daripada pemerian ini, penggunaan dalam masyarakat menggunakan “Uptown” untuk bazar yang terletak di pinggir bandar, manakala sekiranya bazar di kawasan pusat bandar akan dinamai “Downtown”. Namun demikian, istilah “uptown” dan “downtown” untuk merujuk bazar larut malam belum dimasukkan sebagai entri Kamus. | Istilah | 19.03.2014 |
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasih | Ayat pertama dan kedua adalah betul. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
Salam sejahtera, Kami ingin memohon jasa baik pihak tuan bagi menyemak atau memberi apa-apa ulasan/nasihat (dari segi bahasa / istilah / susunan perkataan) berkenaan nama-nama cadangan untuk dua blok bangunan dalam satu projek yang sedang dibangunkan di Kota Damansara. Dua blok tersebut adalah sebuah pusat membeli-belah dan sebuah menara pejabat. Nama cadangan bagi blok-blok tersebut adalah seperti berikut: Blok 1: Pusat membeli belah Nama cadangan: Pusat Membeli Belah Tropicana Blok 2: Menara pejabat Nama cadangan: Menara Pejabat Tropicana Untuk maklumat pihak tuan, nama pemaju bagi projek berkenaan ialah Tropicana Indah Sdn Bhd. Kami berharap pihak tuan dapat memberi nasihat yang sewajarnya. Sekian terima kasih. | Nama bangunan mesti mempunyai keterangan jenis bangunan dalam bahasa Melayu di bahagian hadapan nama seperti MENARA, WISMA, BANGUNAN dan sebagainya. Contohnya: KONDOMINIUM TROPICANA INDAH, PUSAT BELI-BELAH TROPICANA INDAH, MENARA TROPICANA INDAH. Sila gunakan borang kuning yang diperoleh daripada Jabatan Pelesenan DBKL sekiranya memohon kelulusan daripada DBKL. Dalam borang tersebut, nyatakan kenapa nama yang dicadangkan tersebut diminta perakuan untuk pengesahan dan DBP akan memberi ulasan dalam ruangan DBP. DBP akan memperakui penamaan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik serta menggambarkan citra Malaysia. | Tatabahasa | 11.06.2019 |
saya ingin mendapatkan senarai karya-karya yang dikatakan sebagai karya agung atau karya-karya yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. t.kasih | Berhubung dengan pertanyaan tersebut, sdr. boleh merujuk kepada Yayasan Karyawan beralamat pejabat di Lot 14 & 15, Paras 3, Blok G (Utara), Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. No. Telefon 03 - 20952745 atau faks 03 - 20952787. Pegawai atau editor yang boleh dihubungi ialah Puan Hajah Nor Jannah Adam. Selamat berjaya dan Wassalam. | Lain-lain | 15.03.2009 |
Adakah pihak DBP mempunyai hak untuk menegur pihak seperti KTMB berkaitan tiada penggunaan Bahasa Melayu pada laman web KTMB? Jika ada, semak sekali laman web MyRapid. Saya pelik mengapa mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan alasan laman web digunakan oleh semua orang dari pelbagai negara. Jika ingin dibandingkan, pengguna berBahasa Melayu lebih ramai berbanding yang berBahasa Inggeris. Selain itu, adakah pihak DBP mempunyai hak utk menegur pihak MRT Corp yang menggunakan sesetengah nama stesen bagi Laluan SSP dlm Bahasa Inggeris? Contohnya, Sri Damansara West, Sentul West, KLCC East, Bandar Malaysia North,Serdang Raya South&North dan Cyberjaya North. Lebih enak didengar jika perkataan 'West,East,North,South' ditukar ke Bahasa Melayu seperti KLCC Timur dan Sentul Barat. Harap pihak DBP dapat menyelesaikannya kerana penggunaan Bahasa Melayu semakin hari semakin berkurang. Terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya. Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai. | Lain-lain | 03.03.2018 |
Assalamualaikum, saya Ainul Izzah Bte Bahrol, pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Rekord) Universiti Teknologi Mara Segamat ingin memohon jasa baik dari puan untuk saya mendapatkan No talefon atau email Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, ia bertujuan untuk saya membuat penyelidikan dari karya pihak Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan. Ia bertujuan untuk Assignment semester akhir saya. Di harap pihak puan dapat memberi tindak balas terhadap email saya secepat mungkin. Disini saya sertakan maklumat peribadi saya Nama : Ainul Izzah Bte Bahrol Matriks Number :2013256662 Campus :UITM Cawangan Segamat Semester :5 Mata Pelajaran :IMR 504 (ORAL HISTORY) No Talefon :017-6898227 | Puan boleh menghubungi YBhg. Dato' Anuar melalui ASWARA kerana Dato' masih berkhidmat di sana. Alamat rumah Dato': YBhg. SN Dato' Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan, No. 13, Jalan Pekaka 8/10, Kota Damansara, 47830 Petaling Jaya. | Lain-lain | 27.09.2014 |