Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dam.par] | دمڤر

Definisi : ; mendampar mengalir ke pantai (bkn air laut), menghempas (bkn ombak), membanting, memukul (pantai): ombak ~ ke pantai; mendamparkan menghempaskan (ke pan­tai, darat, dll), melemparkan, mencampakkan: setelah berhari-hari terapung-apung di laut, perahu itu pun didamparkan ombak ke pantai; terdampar tercampak (terkandas) ke pantai setelah hanyut dibawa air, terhempas dan ter­kandas (bkn perahu dll): sebuah perahu ~ di pantai itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dam.par] | دمڤر

Definisi : ; mendampar hanyut mengalir dgn kuat atau menghempas: Ombak ~ ke pantai. mendamparkan menghempaskan atau mencampakkan ke pantai. terdampar hanyut dan terhempas atau terkandas (di pantai): Kapal itu telah ~ di pantai sewaktu hujan ribut tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dampar

Puisi
 

Barangkali pandan berbuah,
     Hanyut ke laut beriring-iring;
Barangkali badan bertuah,
     Hanyut ke laut dampar ke Siring.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Di sini saya ingin mengemukakan beberapa soalan . 1. apakah kata kerja bagi perbuatan murid sekolah rendah yang membawa beg di kedua-dua belah bahu di belakang mereka. Adakah kata kerja itu menggalas atau menyandang ? Apabila disemak kamus menggalas menggunakan kayu tetapi setahu saya perbuatan itu kita sebut sebagai menggalas beg manakala menyandang hanya di sebelah bahu. contohnya menyandang senapang , pedang dan beg tangan. harap pihak DBP dapat berikan penjellasan. tk Soalan kedua tersadai dan terdampar Jika disemak kamus seakan-akan sama. pemahaman saya pula... tersadai untuk benda manakala terdampar boleh pada orang atau mayat. bagaimanakah hendak bezakannya kerana apabila disemak kamus , agak keliru. terima kasih,harap mendapat jawapan secepat mungkin kerana soalan dalam peperiksaan sekolah. terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perbuatan membawa beg di belakang  ialah menggalas beg manakala membawa beg disebelah bahu ialah menyandang. Perkataan dampar membawa maksud hanyut dan terkandas di pantai. Perkataan sadai membawa maksud terdampar. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan secara bertukar ganti. Makna13.05.2008

Kembali ke atas