Soalan 1 : Masalah Mengenai Satu Kenyataan Ayat dalam Penggunaan Kata Hubung “Dan” dan “Atau” Saya mengalami kekeliruan dan mendapati bahawa terdapat masalah tatabahasa atau penggunaan kata hubung dalam beberrapa kenyataan ayat yang menggunakan penggunaan kata hubung “dan” dan “atau” digunakan secara serentak. Antara contoh yang telah saya temui dalam beberapa notis umum sebelum ini ialah: 1. Simpan harta benda anda yang berharga dan atau mudah alih di tempat yang berkunci dan atau bawa bersama 2. Elakkan berada/menggunakan laluan yang sunyi dan atau gelap Sekiranya pernyataan di atas salah, boleh saya mengetahui penjelasan kesalahan penggunaan kata hubung di atas dan apakah pembetulan yang sesuai yang wajar digunakan dalam ayat tersebut. Dan boleh terangkan lebih terperinci penggunaan kata hubung “dan” dan “atau” yang sesuai mengikut ayat tertentu. Diharapkan pihak tuan/puan dapat menjawab soalan yang diajukan Soalan 2: Apakah faktor yang menyebabkan kesalahan penggunaan tatabahasa penggunaan kata hubung di atas dan boleh jelaskan secara terperinci. Saya berminat untuk mengetahui masalah tersebut. Sekian terima kasih. | Untuk makluman, kata hubung "atau" ialah kata hubung yang bermaksud serupa (sama) dengan. Contohnya "askar atau tentera", "binatang atau haiwan", dan sebagainya. Maksud kedua "atau" ialah "salah satu antara hal". Manakala kata hubung "dan" ialah kata hubung yang menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat). Ini bermakna, kedua-dua kata hubung tersebut tidak boleh digandingkan serentak kerana fungsinya yang berbeza. | Tatabahasa | 02.10.2016 |
Assalamualaikum.. Mohon pencerahan. adakah penggunaan 'dan/atau' gramatis dan boleh digunakan dalam ayat? | Kata sendi 'dan' dan 'atau' tergolong dalam kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Contoh ayat ialah Aninah mengemas rumah dan kakaknya membasuh kain. Mereka mungkin pergi ke Melaka atau ke Pahang. Oleh itu, kedua-duanya gramatis jika digunakan dalam ayat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 07.06.2017 |
Jika tanda "/" membawa maksud "dan" & "atau", saya harap DBP tetapkan yang mana satu. Jika tidak akan berlaku keliruan. | Tanda baca "/" boleh membawa maksud dan, atau serta per. Dalam hal ini kebebasan diberikan kepada penulis untuk menentukan maksud yang paling sesuai, oleh itu untuk mengelak kekeliruan kepada pembaca eloklah dieja perkataan yang paling sesuai bagi melambangkan maksud tanda baca tersebut. | Tatabahasa | 25.11.2009 |
Assalamualaikum, Saya mohon pencerahan berkenaan ayat di bawah. Adakah penggunaan "dan/atau" dalam ayat di bawah dibenarkan@gramatis? Jika salah, bagaimana cara untuk membetulkannya? CONTOH AYAT Anda telah pelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua atau lebih sebutan algebra dengan operasi tambah dan/atau tolak. Terima kasih. | Waalaikumussalam. Ayat yang gramatis ialah: Anda telah mempelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua sebutan algebra atau lebih, dengan operasi tambah dan/atau tolak. Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 08.06.2017 |
maksud perkataan / perbezaan antara DAN dan ATAU | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dan ialah 1. kata yg menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat): saya ~ dia; ada orang yg menyanyi ~ ada pula yg menari; ~ juga serta; 2. selanjutnya, seterusnya (biasanya pd permulaan ayat sbg meneruskan sesuatu yg telah diperkatakan terlebih dahulu); ~ lagi tambahan lagi, manakala atau bermaksud 1. kata hubung yg bermaksud serupa (sama) dgn, disebut juga: askar ~ tentera; binatang ~ haiwan; 2. kata hubung yg bermaksud salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dll): air limau ~ air tomato, kedua-duanya minuman berkhasiat; mereka menghinanya dgn meludahinya ~ memakinya; 3. = ataupun baik ... mahupun: besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah. | Istilah | 06.11.2009 |
Assalamualaikum, Saya mohon pencerahan berkenaan ayat di bawah. Adakah penggunaan "dan/atau" dalam ayat di bawah dibenarkan@gramatis? Jika salah, bagaimana cara untuk membetulkannya? CONTOH AYAT Anda telah pelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua atau lebih sebutan algebra dengan operasi tambah dan/atau tolak. Terima kasih. | Cadangan kami: Anda telah mempelajari bahawa ungkapan algebra ialah ungkapan yang terdiri daripada simbol dan operasi aljabar. | Lain-lain | 14.06.2017 |
as salam. mohon penjelasan lanjut tentang penggunaan tanda bacaan '/' adakah ia membawa maksud 'atau' @ 'dan' ? atau tanda bacaan '/' boleh disesuaikan mengikut konteks? | Salam sejahtera, "/" dipanggil tanda miring. Tanda miring digunakan dalam: 1. Nombor rujukan surat. Contoh: DBP/173/14/4 K. 6 (17) 2. Sebagai pengganti kata DAN, ATAU dan PER ataupun dipakai semasa menulis NOMBOR ALAMAT. Contoh: Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan Kos cetak RM3.00/naskhah 22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 20.11.2017 |
1) Ali (dan , atau ) Abu terjatuh? 2) Ibu mahu beli buah anggur merah (atau , dan ) anggur hijau? Pertikaian: Kata hubung "dan" bolehkah diterima di dalam soalan-soalan ini? | Y, boleh. | Tatabahasa | 27.10.2017 |
Penggunaan perkataan 'DAN' atau 'ATAU' di dalam Buku Garis Panduan perlukah diletakkan di setiap penyataan atau sebelum penyataan terakhir sahaja? Jika diletakkan pada penyataan terakhir sahaja, adakah ia secara automatik diaplikasikan terhadap penyataan-penyataan sebelumnya? Contoh seperti yang dilampirkan. Terima kasih. | Untuk makluman, penggunaan yang tepat ialah "Contoh 1": 2.4 Menentukan Jumlah Kredit 24.2.1 Jumlah kredit yang boleh diambil oleh pelajar bagi sesuatu semester adalah seperti dinyatakan pada perkara 14.2. 24.2.2 Pelajar boleh mengambil jumlah kredit kurang daripada dua belas (12) sekiranya memenuhi mana-mana satu syarat di bawah: i. pelajar semester akhir; atau ii. pelajar mengikuti semester pendek; atau iii. pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS), atau apa-apa program seumpamanya; atau iv. pelajar mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS) pada semester sebelumnya; | Lain-lain | 05.10.2015 |
Yang betul ialah antara...dan atau antara...dengan? | Pasangan kata sendi nama yang betul ialah "antara...dengan". | Tatabahasa | 01.05.2015 |