Ayat berikut betul atau salah dan jika salah mohon penjelasan. 1.Harap dapat makluman awal tentang latar belakang tempat itu. 2.Beberapa orang ahli pasukan pengakap telah berjaya dalam ekspedisi kembara. | Kedua-dua ayat yang dinyatakan betul. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
saya mendapat maklumat bahawa DBPM kekurangan penterjemah buku. bolehkah sekiranya saya ingin menjadi penterjemah buku dan jika boleh, bagaimanakah caranya? | Saudara boleh mendaftar sebagai penterjemah di Institut Terjemahan Negara (03-41497210) atau menjadi ahli Persatuan Penterjemah Malaysia (03-21424381). | Lain-lain | 15.11.2009 |
Gadis itu yang bertudung putih anak Puam Faridah yang tinggal di hujung sana. Adakah ayat tersebut betul dan jika salah, mengapakah salah? Apakah ayat yang betul? | Ayat yang betul ialah, Gadis yang bertudung putih itu anak Puam Faridah yang tinggal di hujung sana. Kelemahan yang utama ialah menggabungkan banyak ayat menjadi satu. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
Adakah ayat ini lewah? Pada 2hb Oktober 2008.. haribulan yang ditulis hb. | Ayat ini tidak lewah dan jika diringkaskan haribulan ditulis hb. | Tatabahasa | 29.09.2008 |
khidmat pengesahan bahasa DBP dalam talian untuk lesen perniagaan.klik dekat dalam E perkhidmtan tak dapat daftar terimakasih. | Cuba ulangi semula dan jika masih bermasalah sila datang ke Bahagian Penguatkuasaan, Tingkat 25 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 26.10.2011 |
Cikgu Azman sangat sayangkan pelajar di kelas ini. Adakah ayat tersebut betul atau salah dan jika salah, mengapakah salah? Apakah pembetulannya jika salah? | Ayat ini betul. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
adakah perkataan 'talaq' perlu dicondongkan (italic)? jika perlu, mengapa dan jika tidak perlu, mengapa? | Dalam pangkalan data kami, tiada perkataan talaq tetapi terdapat perkataan talak. Talak bermaksud pelepasan ikatan nikah dengan ucapan talak, cerai oleh suami. Tuan digalakkan menggunakan ejaan bahasa Melayu yang betul dan tidak perlu dicondongkan ejaan. | Ejaan | 31.10.2013 |
Saya ingin memastikan perkataan 'pembilan' yang digunakan pada salah satu unit di dalam organisasi / bahagian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd boleh digunakan atau tidak? Dan jika ia ada dalam salah satu perkataan, apakah maksud sebenar perkataan itu. Terima kasih. | Kata yang sepatutnya digunakan ialah pengebilan. | Ejaan | 22.11.2007 |
Boleh terangkan dengan jelas perbezaan istilah output dan outcome dan jika boleh kaitkan dengan contoh dalam bidang pendidikan ? Terima kasih... | Encik Abdul Razak, Makna output ialah hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; manakala makna outcome ialah hasil: whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu. Perkataan outcome boleh juga bermaksud akibat. Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan sekadar contoh, boleh membawa maksud keluaran atau produk yang bagaimana yang ingin dihasilkan oleh sistem pendidikan kita dan akibatnya apabila sesuatu sistem atau peraturan dilaksanakan. | Makna | 23.03.2010 |
selain daripada perkataan yang merujuk kepada tuhan, perlukah saya meletakkan huruf besar pada awak perkataan yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW? | Nabi Muhammad SAW ialah kata nama khas dan jika ada perkataan lain yang merujuk kepada Baginda secara khusus juga ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 07.11.2012 |